Tuesday, January 25, 2011

Safar = Kosong?????

Salam...hendak mengupdate blog sendiri...tibe-tibe terlihat label kat tepi blog...hanya 1 post je untuk BULAN ISLAM???....hurm...punye la byk bulan Islam...hanya 1 post je yg ana post kan...ish...ish...muhasabah balik diri....kita tahu bulan-bulan dlm kalendar LUNAR seperti Januari, Februari dan lain-lain...tp kita kurang mengingati & malah x tahu langsung bulan-bulan ISLAM...ish...ish...teruknye la kita nie sebagai umat Islam.....


Ok, petanyaan untuk shbt2 semua...skrg kita berada di bulan apa ye???...bukan Januari ye jwpn yg ana nak...tp jwpn dlm bulan Islam....mcm mane??..dpt jawab x??...nie blum lg ana tanye bape haribulan..ntah lepas ke x..ish..ish..


ok, x pe la...jwpnnye adalah bulan Safar...ok, apa yg antum semua tahu tntg bulan Safar nie??...mesti ramai yg x tahu kan???..x pe la..kat sini ana nak share pd shbt2 semua info tntg bulan Safar....nie ana petik dr Laman Web Rasmi Jais....mari sama2 kita pahami k....


**********************************************************************************
Kini kita berada dalam bulan Safar. Bulan kedua dalam taqwim Islam yang diperkenalkan oleh Saidina Umar RA. Dinamakan Safar kerana orang-orang lelaki Arab keluar rumah untuk berdagang, menggembara dan menjalankan kegiatan ekonomi di luat tempat tinggal. Rumah-rumah menjadi kosong dan dipenuhi kaum perempuan dan kanak-kanak.

Sejarah juga mencatatkan bahawa beberapa peperangan berlaku dalam bulan ini iaitu peperangan Al Abwa dalam tahun dua hijrah, perang Bani Qainuqak dan Zi Amin pada tahun ketiga hijrah dan Peperangan Khaibar pada tahun keempat hijrah.

Demikian fakta sejarah, namun hakikatnya dalam masyarakat kita hari ini, bulan Safar dikaitkan dengan bala bencana dan musibah hingga menerbitkan beberapa amalan khurafaat dan tahyul dengan harapan dapat menangkis dan menolak musibah tersebut.

Amalan-amalan khurafat bulan safar seperti mandi safar, membuat ancak, melarang mengadakan kenduri kahwin dan percaya adanya burung hantu sebagai tanda kematian masih berurat nadi dalam kehidupan masakini. Amalan, fahaman dan kepercayaan  seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam tetapi juga boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Nahas dan bala bencana bukan hanya berlaku dalam bulan Safar. Kepercayaan seperti ini perlu ditolak kerana Allah Taala telah memberi amaran kesan dalam surah At Taubah ayat 51 yang bermaksud:

”Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawaqal” 

Menurut Garis Panduan Khurafat dan Azimat yang dikeluarkan oleh JAKIM, Khurafat bermaksud cerita atau perbuatan yang direka dan bersifat karut,dusta dan menyimpang dari ajaran Islam. Ia masih berlaku dalam masyarakat kerana faktor sejarah dan kerapuhan iman.Sejarah telah menulis bahawa agama Hindu telah lebih dahulu bertapak di negara ini berbanding Islam. Ini menyebabkan kepercayaan kepada kubur keramat, pokok besar, azimat,  tangkal dan makhluk halus terus bertapak dalam masyarakat..

Pada zaman jahiliyah, orang arab akan merujuk kepada tukang tilik tentang masa depan mereka.. Syed Muhamad Qutb dalam bukunya Jahiliyyah Qarnil Isyrin menyatakan bahawa ia masih berlaku dalam zaman mencabar yang dipenuhi ICT dan serba canggih ini.Berpindah rumah hanya boleh pada hari Rabu, memulakan kerja perlu pada hari Selasa atau Sabtu, meramal nasib dengan memuja keramat adalah beberapa contoh jahiliyah moden yang masih wujud dewasa ini.

Percaya kepada pokok, kubur, telaga yang mempunyai kuasa selain Allah boleh membawa syirik dan bertentangan kepada kepercayaan tauhid kepada Allah. Percaya kepada sial, majal, memuja jin dengan meminta pertolongan darinya seperti dilakukan sesetengah bomoh dan dukun dengan amalan menurun adalah syirik dan menyesatkan. Mereka yang bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tilik nasib adalah tergolong di kalangan orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri sebagaimana ditegaskan Allah dalam Surah Yunus ayat 106 yang bermaksud:

”Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah yang tidak mendatangkan manafaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”

Terdapat sebahagian umat Islam yang masih percaya bahawa Hari Rabu terakhir bulan Safar merupakan hari turunnya ribuan bala yang menimpa umat. Oleh itu mereka dilarang keluar rumah dan melakukan aktiviti sosial harian kerana ditakuti akan ditimpa musibah. Malah anak-anak pula diminta mandi air tolak bala atau mandi di pantai yang lebih dikenali sebagai Mandi Safar.Sesunguihnya ia adalah kepercayaan karut dan bertentangan dari ajaran Islam.

Malah perbuatan pesta mandi laut telah mengundang kepada dosa lain seperti wujudnya pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batas. Wujud juga ibubapa yang tidak mahu mengadakan kenduri perkahwinan pada bulan ini kerana ditakuti pasangan akan menjadi tidak bahagia atau tidak mendapat zuriat. Kepercayaan seperti ini boleh menjadi syirik kerana kita lebih mempercayai bulan dan bukan kuasa Allah.

Sebenarnya nahas dan bala bencana tidak hanya berlaku dalam bulan Safar. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena(baik atau buruk) melalui burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis”
 (Hadis riwayat Bukhari)


Sesungguhnya mempercayai perkara yang disebutkan menjadikan umat Islam semakin mundur, malas berusaha dan hanya berserah kepada takdir. Di kala umat lain berlumba-lumba meneroka ilmu dan mencapai kejayaan, umat Islam seolah-olah berundur dan tertinggal ke belakang.

Kita menjadi tidak produktif kerana tidak dibenarkan keluar rumah pada hari Rabu terakhir bulan Safar. Kesemua kegiatan ekonomi terbantut. Minda kita menjadi jumud dan tidak berkembang kerana mempercayai fahaman karut tersebut.Malah dalam kontek hubungan kita dengan Allah Taala, kita telah melakukan satu dosa besar tanpa disedari iaitu syirik. Ingatlah peringatan Rasululullah SAW tentang tujuh perkara yang membinasakan yang perlu dijauhi di mana syirik merupakan perkara yang terletak di nombor satu.

Amalan penggunaan azimat, tangkal sebagai pelindung diri seperti kebal, ilmu pengasih, ilmu pelembut hati yang dicampuradukkan dengan sihir juga adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


”Dari Ibn Mas’ud:rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Sungguhpun jampi mentera diharuskan sebagaimana duiceritakan oleh para sahabat yang bertanya kepada Rasulullah, Syeikh Yusof Qardawui telah menggariskan tiga syarat seperti yang terdapat dalam bukunya Fatawa Al Muasirah


1)    Ia mesti didasarkan kepada Allah SWT dan nama-namaNya
2)    Ia mestilah dituturkan dalam bahasa Arab dan kata-kata yang boleh difahami maksudnya
3)    Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya tetapi dengan takdir Allah SWT

Aqidah murni menjadi sendi dalam masyarakat, tauhid menjadi paksi dan rohnya. Oleh itu, agenda memperkukuh akidah merupakan tugas setiap individu. Ilmu agama yang cetek perlu didalami kerana ia merupakan benteng paling berkesan dari terjebak ke lembah khurafat dan syirik.

Cari maklumat, rujuk guru dan kitab. muktabar agar ia menjadi pendinding dari amalan yang sia-sia dan dilaknati Allah.

Wallahu A’alam
Disediakan Oleh :

Nordin bin Bayadi
Unit Penerangan dan Penerbitan
Bahagian Dakwah, JAIS
**********************************************************************************
KOME POWER!!! 
~mardhatillah~

Saturday, January 22, 2011

InsyaAllah Pasti Ada HikmahNya


Salam...hmm..agak lama jugak x melihat blog sendiri....x tau kenapa...cume ana x de mood nak mengupdate blog...tu la diri ana....bila ada mood je baru bleh wat....apa2 pun..ana nak share something happen to me yesterday...

ia semuanye bermula dgn kuasa Allah...smlm ana telah xcident..kereta ana dilanggar moto...kejadian itu sekelip mata...tup2 sedar...adik 2 dah ada kat atas enjin kereta ana...ya Allah...alhamdulillah, seperti biasa ana akan terdiam...tidak memberi respons...slps tu ana kuar dr kereta...tgk keadaan adik 2...alhamdulillah tiada apa2 kecederaan...paling teruk pun,tgnnya sakit mcm terseliuh...ana pun tgk moto die..alhamdulillah ok...tp bila tgk kereta...subahanallah, agak teruk la jugak for the second time xcident...ana pun x tau nak wat mcm mane....cube untuk relax....ckp pada diri...x pe2 tqah..insyaAllah ada hikmahNya...mungkin ini penebus dosa ku....

tanye adik tu..
"adik dr mane???..nak g skolah or balik umah???.."
die pun jwb,
"nak balik rumah...."
ana bertanya lagi,
"nape adik bwk laju???..."

hmm, dia kata die bawak slow...ana pun diam je la...tibe2 makcik dkt dgn rumah tu dtg dekat kami...die kata ana yg salah coz sepatutnye ana yg kena berhenti...tp setahu ana, ana yg bleh jalan dulu coz ana nak terus straight...tp adik tu yg sepatutnye berhenti coz die nak masuk simpang....mula2 dlm ati nie nak je marah makcik nie..ada ke patut ana plak yg disalahkan...tp sabar2, Allah lbh mengetahui....

kemudian, ana tanye pd adik 2, 
"kamu ada lesen ke x???..."
die pun jawab,
"x de kak..."

hmmm...ana berfikir, mcm mane ana nak wat nie...org nak g solat jumaat dah nie..x pe la..lepaskan je la adik nie..tp sblm 2, ana minta dulu no hp adik 2..alhamdulillah adik 2 x menipu no hp die...kemudian, ana pun meninggalkan tmpt kejadian untuk pergi menunaikan AMANAH di gerai AL-FALAH...sampai di kedai, ana mengadu pd shbt ana nie…sowi lmbt coz td xcident…die pun mcm x caya je.. then tunjuk la tmpt yg kemet & pecah tu…die pun ckp..nie mahal nie nak betulkan….ana pun just sengih je la kat die…tibe2 time 2, ada la shbt ana yg sorang lg dtg…shbt ana yg pertama td ckp la, nie ha baru pas xcident…depa pun duk la tgk kat depan kete 2…duk 2 org tgk bekas xcident tu…dtg plak 2 shbt ana y len, time tu depa otw nak g ke masjid tuk tunaikan solat jumaat….rasa mengalir semangat tgk shbt2 yg dtg, nak sedih pun x guna coz dah berlaku…time tu, ana mesej la kat shbt ana yg sorang nie (die memang tere bab kereta nie )….minta die dtg kedai after solat t….slps tu,ana bersiap pula untuk mengadu dgn Allah..alhamdulillah, ketenangan dirasai…

Alhamdulillah, die muncul walaupun ana agak cemas coz die x reply mesej ana….time die muncul 2,

die tanye,
ha, nape kome?
heheh..ana sengih je la kat die…
tu ha kete, td xcident
kemudian die ckp..
huish, mahal gak nie nak tukar..ada x no hp budak 2 yg langgar??...”
ana jwb lah…
ada2

die pun suruh ana telefon..ana call la..alhamdulillah dpt…selepas telefon tu, kami pun ready la tuk g rumah adik yg langgar kete nie…mula2 tgk rumah adik 2, rasa mcm sayu je..x sanggup nak minta claim…tp ana sendiri pun kering poket coz memang x de duit langsung tuk sekian kali nie…tp tgk pakcik nie ada kete, hmmm..kaya gak tu, bleh ada kete…huhuhuhu…time waktu nak minta claim dgn pakcik tu..ana hanya menjadi patung…bersuara apabila ditanye..biarlah org lelaki shj yg berurusan…setelah penat berbincang, akhirnya pakcik tu bersetuju untuk membayar RM500 sbg claim…Alhamdulillah…segala puji bg Allah yg melembutkan hati pakcik itu…

Selepas mendpt duit 2, ana & shbt2 ana nie pergi la survey tuk repair kete tu..sampai ke seksyen 25 kami cari…alhamdulillah, ada jugak kedai yg sanggup nak repair kete 2 dgn harga RM500 walaupun penat shbt ana nie tawar menawar dgn tauke itu…Alhamdulillah, Allah juga yg berhak atas hati hambaNya….tp kami balik slps survey tu, coz x sempt siap klu hntr ptg tu….(panjang lg citer nie, x pe la..sampai sini je la cite pasal kereta nie)

Setelah seharian penat menguruskan pasal kereta, ana sambung balik AMANAH ana di kedai….kemudian azan asar pun berkumandang…ana pun suruh la shbt ana nie g solat dulu di masjid…t die balik, ana plak nak solat di surau…time di surau tu..ana berdoa,

Ya Allah, jika ini yg terbek untukku, maka aku redha dgn ketentuanMu yg Rabb…aku bersyukur sgt dosa ku ditebus di dunia…alhamdulillah, aku rela jika Engkau tebus segala dosa ku di dunia agar aku dpt berjumpa dgnMu dlm keadaan yg bersih

Setelah selesai berdoa, ana pun turun la tangga di surau…tibe2, anak tangga last tu, ana jatuh…time tu, sekaligus ana mengucapkan,

Allahuakhbar…alhamdulilah, rupanye banyak lg dosa ku ini…syukran ya Allah, yg memberikan diriku petanda

ana pun meneruskan perjlnn ke kedai semula dgn berjln kaki walaupun kaki agak sakit time tu….sewaktu sampai di kedai, tibe2 keronsang kesygn ana plak hilang, ana pun x pasti sama ada ana lupa or tercicir….sekali lg ana mengucapkan

Allahmdulillah, inilah penebus dosa ku…aku redha ya rabb..

Setelah malam, ana bersolat di kedai…kemudian menunggu turn shbt y glen tuk jg kedai….tup2, die muncul dlm 8 lbh…Alhamdulillah, coz dlm hati agak kerisauan jika die x dtg…bukan apa, dpt pesanan dr rumah untuk beli brg2 dapur….pasti menunjukkan shbt2 rumahku kelaparan…setelah membeli brg2, ana pun hendak la balik ke rumah…tibe2 ana teringat yg ana ada AMANAH di surau kolej…walaupun ana agak kepenatan & kelaparan, ana gagahkan jua diri ini untuk menghadirkan diri…Alhamdulillah..seronok jumpe shbt2, dpt jugak semangat bila tgk mereka senyum..selesailah AMANAH di surau kolej dlm kul 11…kemudian, ana teringt barang2 yg ana blum hntr di rumah shbt…jd ana pun terus ke rumah shbt tuk menghantr brg2 yg dijanjikan…sampai2 di rumah shbt, Alhamdulillah…mereka melayan ana begitu bek…rasa mcm hilang segala kepenatan…mcm2 mereka hidangkan & seperti biasa, ana yg sentiasa membuat kecoh nie…mengecohkan rumah mereka…huhuh…tup2…jam dah tunjuk 12 tgh mlm…ish, baru teringt ke shbt2 kat umah…mesti depa kebulur coz ana balik lmbt…huhuh (maaf ye semua)…

Sampai2 di rumah, depa dah belikan barang2 dapur tu dlm jumlah yg sikit…huhuh, kesian shbt2 ku ini…tp Alhamdulillah, mereka dpt mkn & semua dah tido…lega rasa walaupun agak berslh….ana pun masuk la bilik bersendirian bg muhasabahkan diri atas apa yg berlaku seharian ini….

*********************************************************************

Alhamdulillah, Allah masih menyayangi diriku ini…DIA memberikan aku petunjuk, DIA memperingtkan diriku….DIA x membiarkan diriku terleka…Alhamdulillah.. itulah yg ku slalu pinta dlm doa agar diriku tidak dilekakan dgn duniawi ini…agar diriku ini diberi teguran…alhamdulillah, Allah perkenankan….

tiada cinta yg setandingMu ya Rabb,
tiada kasih yg suci selain Mu ya Illahi..
kasihMu wat diri ku amat tinggi walaupun hambaMu ini leka…alhamdulillah, aku rindu untuk dipeluk dgn kasih syg & cintaMu ya Rabb….rindu yg teramat sgt walaupun aku pernah merasainya sekali..alhamdulillah..aku akan sentiasa mengingti saat manis itu….^__________^



KOME POWER!!! 
~mardhatillah~