Monday, November 19, 2012

Kelam Kelibut

Assalammualaikum...
alhamdulillah!!!!!...alhamdulillah!!!!....alhamdulillah!!!!

Sebentar lg akan bertolak ke Rawang & Melaka atas urusan kerja...
Walaupun pd hakikatnye shbtku silap maklum tarikh...
Tapi sbb dah berjanji...maka diriku terpaksa merelakan jua untuk pergi..

Kalut eden nak menyiapkan segala kerja..
Coz 3 hari akan meninggalkan Shah Alam...

Beria dah td plan benda lain...
Nak wat keje itu & ini..
Then dpt msj & call shbt tntg program tu pd PAGI ini...
Waaaaaaahhhhh....what the point???...huhuhu...
Abis eden...heheh..

Apa lg...
Kelam kelibut la kemas beg...
Kelam kelibut print note...
Kelam kelibut siapkan kerja yg perlu disiapkan...
Dengan keadaan yg tidak berapa sihat...
Ana gagahkan jua...

Alhamdulillah...note dah siap print..
Dah le byk tul yg ana print..hohoh...
Ntah sempat ke x bacanye...huhu
X pe2..walaupun ana tahu yg ana x rajin sgt baca..
Tp ana bwk jugak...coz ana yg kena paksakan diri untuk menjadi begitu...

Firman Allah bermaksud:  

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. 

(Surah Ar-Ra’d: 11)


  **********************************

Hakikatnye kita ada KELEBIHAN & KELEMAHAN,
Jika ada KEBAIKAN, maka KEKALKAN...
Jika ada KELEMAHAN, maka PERBAIKINYA...
Hidup kita kena sentiasa BERUBAH ke arah yg LBH BAIK sehingga kita SYAHID...amin

KOME POWER!!! 
~mardhatillah ♥ ~



Friday, November 16, 2012

RIYA'

Alhamdulillah...hari ini, ana nak share msj yg ana dpt dr shbt ana:

Orang riyak itu memiliki 4 tanda:

1. Malas ketika bersendirian
2. Bersemangat ketika berada di tengah manusia ramai
3. Bertambah amalannya jika dipuji
4. Berkurang amalannya jika tidak mendapat pujian

~Saidina Ali~



p/s:
Muhasabah bersama sblm kalian menutup tirai mata...
adakah kalian & diri sy mempunyai tanda-tanda ini???
Jika ye...maka cepat2 la kita beristhigfar, moga2 Allah menjauhkan sifat ini...amin ^___^v



KOME POWER!!! 
~mardhatillah ♥ ~

Monday, October 29, 2012

Sesak, Rancang & Doa


Assalammualaikum sahabat-sahabat semua...

Alhamdulillah...smlm telah sampai ke Shah Alam tepat jam 6 petang..
Tak pernah berlaku dalam hidupku dari Pahang ke Shah Alam jika sebelum nie 3 jam jadi 7 jam...(hohoh..cram kaki koi wehh)

Alhamdulillah...mula bernafas dengan laju kerana apabila terasa AMANAH yg digalaskan sebelum balik ke kg ini digalaskan semula...

Nak tunjukkan yg sewaktu pulang ke kampung, memang terus lupakan segala KERJA & AMANAH...huhuh

Sesak dada sewaktu perjalanan pulang kerana OTAK ini LIGAT memikirkan segala kerja yang telah tertunggak selama 5 hari..
 
Semua jadi kelam & kabut...jadi tidak tahu yang mane satu perlu didahulukan kerana terasa semuanya penting..
 ********************************************************
Diriku cuba listkan TAKLIFAN untuk melihat satu persatu kerja yang perlu dilakukan:

1. Pelajar MASTER IT (Sem 2)
  •     Assignment:
    • Term Paper SYS706
    • Workshop SYS706
    • Term Paper SYS711
    • Assignment SYS711
2. PT SUK Selangor
  • Bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Negeri Selangor
3. NISA' Shah Alam
  • Barang-barang NISA' yg tidak dikemaskini
  • Setup program NISA' Bowling (mencari tempat main bowling & pengisian)
4. SAHABAT
  • Bantu sahabat yang dalam kesusahan yang memerlukan pertolongan.
  • Memenuhi undangan walimah sahabat-sahabat
5. HAMBA ALLAH
  • Ibadah harus diperkemaskan:
    • Solat sunat rawatib every solat
    • Solat sunat dhuha
    • Baca Al-Mathurat
    • Baca Al-Waqiah
    • Solat suna isthikarah
    • Baca Al-Mulk
    • Qiam
    • Puasa sunat Isnin & Khamis
 ********************************************************
 Subahanallah...
aku harus KUAT & LAJU
tidak boleh BERSENANG LENANG
tidak boleh BERPUTUS ASA
mengisi masa dengan SEBAIKNYA

Ya Allah, aku tahu sesungguhnya ini yang terbaik buat hambaMu ini...aku memohon kekuatanMu & kesabaranMu untuk aku dapat laksanakan semua AMANAH ini..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang mampu permudahkan segala urusan yang Engkau mahu mudahkan..maka permudahkan urusan ku..
Ya Allah, aku memohon ketenanganMu untuk menghadapi segala ujian yang diberikan...sesungguhnya Engkau tidak membebankan hambaMu dengan beban yang tidak mampu ditampung oleh hambaMu...
AMIN ♥

KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

Saturday, October 27, 2012

Jom Pulang Bejemaah

Alhamdulillah..diberi kekuatan untuk melihat blog sendiri…walaupun pada dasar hakikatnye..


Aku dah lupa mcm mane rupa blog aku..
lagi 3 hari maka termaktublah bahawa diriku sudah tidak mengupdate blog selama setahun…
mungkin sblm ini aku tidak mengupdatenye kerana memikirkan tiada siapa yang akan baca blog aku…
Tetapi..ada juga yang sudi membaca…
bukanlah aku teringin untuk orang membaca blog aku, 
cuma aku harapkan apa yang aku share ini dpt memberikan sedikit sebanyak peringatan berdasarkan ceritaku…

Aku seorng yang jenis ikut mood apabila melakukan kerja, termasuklah kerja mengupadate blog ini…
mungkin kerana zaman blog sudah masuk ke penghujungnya…
tetapi ada yang sentiasa mengingatkan diriku untuk mengupdate blog ini..maka aku berusaha keras untuk menulis sedikit sebanyak agar aku tidak rasa terhutang dengannya ^__^v.

Ok…habis penceritaan WHY diriku x update2 blog nie ye..
TUTUP BUKU (CASE CLOSED)..
heheh..tit…tit..tit

*************************************************************************************
Alhamdulillah..4 hari di kampung berlalu dengan begitu cepat sekali..

Masing-masing sudah merancang untuk bergerak pulang ke tempat kerja, kampus, rumah sewa & yang berangkatan dengannya…

Yang pasti, kesesakan lalu lintas pasti akan berlaku esok kerana semua akan menerjah kembali ke Kuala Lumpur bermula esok..


Pelbagai drama yang kita akan lihat..
Ada yang menghantar anak pulang ke asrama…
Ada yang menghantar anak pulang dengan pandangan mata dr rumah…
Ada yang menghantar anak pulang menaiki bas express…
Ada yang berjanji untuk balik bersama dengan shbt lain (ini ye diriku)…& byk drama dunia…hehe



Alhamdulillah…dalam sibuk-sibuk kita merancangan balik itu, 
janganlah kita lupa pergantungan kita pada Allah S.W.T kerana Dia yang selayaknya menjaga kita…

Walaupun kita sibuk duk servis kereta, cek minyak tu, minyak nie…air & mcm2 lagi…
haruslah tidak dilupakan 

DOA KELUAR RUMAH
 





& DOA NAIK KENDERAAN…









Agar Dia dpt menjaga keselamatan diri kita sewaktu perjalanan itu…
kerana sesungguhnya Dia yang selayaknya untuk mengambil kita bila masanya tiba..

Subahanallah….sesungguhnya dr Allah kita datang & kepada Allah jua kita kembali…

Ok, dah nak mula packing barang2…beg je harap besor tp barang secoek (sikit) je..hehehe..

Ok ye kalian…esok jgn lupa baca doa ye….
Smg kita semua selamat sampai ke detinasi masing-masing & dpt melaksanakan AMANAH yang telah Allah berikan…insyaAllah…  
Salam Sayang & Cinta kerana Allah…
 
KOME POWER!!! 
~mardhatillah ♥ ~