Tuesday, April 2, 2013

I ♥ Allah

Alhamdulillah....masih diberi nikmat...
Sedikit pengisian yang ana dpt dari radio IKIM sebentar td sewaktu drive kereta..

Ustazah Fatimah Syarha menyatakan bahawa kita mempunyai 3 jenis cinta:
1. CINTA ALLAH
* Cinta paling agung & utama kerana melatakkan Allah lbh dari segalanya

2. CINTA KERANA ALLAH
*Cinta kepada sesuatu perkara or benda yang membawa kebaikan & pahala

3. CINTA BERSAMA ALLAH
*Cinta yang menyamakan Allah dengan semua sekeliling kita (nauzubillah). Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 24:

Katakanlah, " Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah & rasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya/" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik


Selain daripada itu, Ustazah Fatimah Syarha juga ada menyatakan bahawa cinta mempunyai 3 peringkat:

1. CINTA AGUNG
- mencintai Allah, Rasul & perjuangan

2. CINTA PERTENGAHAN
- mencintai ibu bapa, harta benda & pelbagai kerana Allah

3. CINTA HINA
- mencintai segala perkara di dalam CINTA PERTENGAHAN lebih dari CINTA AGUNG








Allah Ya Wadud..
Allah Ya Rahim..
Sungguh apabila MENCINTAIMU...pasti Engkau membalas CINTA hambaMu..

"Ya Allah, Engkau letakkan dalam hati-hati kami ini CINTA KEPADAMU lebih dari segalanya..amin ♥"

KOME POWER!!!
 ~mardhatillah ♥ ~

My Great Web page

Bukan Mudah Untuk Kuat

Hakikat, dahulu kita sentiasa menyatakan bahawa "Ya Aku Kuat"
Tp hakikatnye aku sedar yang kekuatan itu dtg dari Allah..

Allah betul-betul menguji kekuatan yg kita sentiasa nyatakan..
Allah..Allah..

Benarlah kekuatan itu dtg dariMu..
Apabila Engkau mendatangkan ujian...
Pasti kita akan terduduk..
Pasti kita akan menangis..
Pasti kita akan berduka..
Pasti kita akan perlbagai rasa yg timbul..

Sungguh...
Allah memberikan ujian itu selayak buat hambaNya..
Allah memberikan ujian itu kerana rindu akan suara hambaNya merintih...
Allah memberikan ujian itu untuk kita bermuhasabah..
Allah memberikan ujian itu untuk kita belajar sesuatu..

Kadang-kadang kita jenis yg degil untuk menerima nasihat insan di sekeliling..
Maka dengan cara inilah Allah ingin mengajar & menasihati kita..

Allah..tinggiNya cintaMu buat hambaMu...
Allah ya Wadud..
Apakah kalian telah meletakkan CINTA ALLAH yg paling UTAMA??
Usah menyatakan dengan LIDAH shj tetapi perlu di PRAKTIKALKAN di dalam hari..

Harus diingatkan segala sifat itu dtg dari Allah...
Maka mohonlah dengan Allah agar dipinjamkan & tidak ditarik nikmat sifat-sifat mahmudah..

Semoga kita semua menjadi yg SOLEH & SOLEHAH..amin



KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

My Great Web page