Wednesday, March 11, 2009

Pelajari Hadith 40 ( Hadith 1:Setiap Amalan Bergantung Pada Niat )

Salam...ok..hari nie kita share pengajian hadith 40 yer..

Hadith 1 iaitu hadith niat...

Maksudnya:

"Daripada Amirul Mukminin, Abu Hfs, 'Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s. 'a.w. bersabda: "Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apakah yang anda paham tentang hadith ini???...
Hadith ini menerangkan tentang setiap amalan yang kita lakukan adalah bergantung pada niat...jika niatnya baik maka baiklah...tp..anda perlu ingat bahawa niat tak menghalalkan cara...
cth:mencuri kerana nak tolong orang susah...x boleh camtu..byk cara yang halal boleh kita buat..

Sesungguhnya Allah Maha Pemurah...jika kita niat benda yg baik..Allah dengan sifat pemurahNya memberi pahala kepada kita...itu baru berniat..apatah lagi kita lakukan..lagi banyak pahala..maka niat itu sangat penting...

Setakat ini wat ari nie...semoga apa yang aya kongsikan ini memberi manfaat kepada kwn2 sekalian...apa yang baik dtg dari Allah dan apa yang buruk dtg dari kelemahan diri saya sendiri...syukran..

~mardhatillah~

Tuesday, March 10, 2009

Wahai Insan Penyayang

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda ,
" Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Wahai kaum HAWA,sedarlah anda..darjat anda telah diangkat..maka hargailah apa yang telah Rasulullah perjuangkan untuk kaum HAWA...jgnlah kecewakan kasih cinta Rasulullah kepada kita...renungkanlah wahai saudariku..

~mardhatillah~

Monday, March 9, 2009

Ya Habiballah...Rasulullah S.A.W


Salam..sempena MAULIDUR RASUL ini..sy ingin mengucapkan salam maulidur rasul buat semua umat ISLAM di seluruh dunia dan mengembalikan ingatan anda tentang pesanan terakhir Nabi kita iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W...renungkanlah wahai umat...

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Salam sayang dan cintaku buat Nabi Muhammad S.A.W..kasih-sayangmu kepada umatmu amat tinggi...tidak terhitung kecintaan Mu kepada umatmu...tp adakah umatmu mencintai sepertimana engkau mencintai umatmu..renungkanlah!!!

~mardhatillah~

Sunday, March 8, 2009

HPA..100% halal..



Salam..ari nie just nak share produk 100% halal buatan saudara seISLAM kita...

Apa lagi..moh ler kite beli barangan HPA...menjadi tanggugjawab kita mencari yang halal...sebarang pertanyaan atau rujukan di www.hpa.com.my..

Ahlan wasalan dalam dunia HPA..jika nak jadi ahli...boleh contact saya:013-9690420 @ 017-9680565...

InsyaAllah..apa yang kita buat kerna Allah dn ISLAM...

HPA boleh!!HPA boleh!!boleh!!boleh!!GEMPUR radix!!insyaALLAH

~mardhatillah~

Saturday, March 7, 2009

Cintailah Dirimu



Salam...luahan diriku mengenangkan tahun yg akan berganti...apakah kita sedar akan kehidupan yg kita lalui ini penuh dgn dosa yg kita sendiri tidak sedar...untuk diriku yg daif lagi serba hina ini...apakah aku sedar???

Ingin ku sedarkan diriku dan jua semua muslimah di dunia ini...pernah kah kiter jaga diri kita dgn seeloknyer???...kiter aderlah sebaik-baik perhiasan di dunia ini...Rasulullah S.A.W yang menyedarkan bahawa kita ini bernilai dlm hidup..jika tidak kita sudah lama ditanam hidup-hidup...pernahkah kita menghargai apa yg telah Allah kurniakan kepada kita...fikirkan la..

Kita diberikan maruah & kecantikan oleh Allah sebagai amanah untuk kita menjaganye...tp bagaimana kita menjaganye...bkn sekadar kita selalu memanjakan diri di SPA atau pusat-pusat kecantikan...tp kita harus membelai diri kita dgn pakaian yang mengikut syariat Islam yg telah ditetapkan...bukan kita perlu memakai baju yang selabuhnyer or tudung yg labuh sampai ke lulut...tp sekadar menutupi paras dada..itu sudah cukup...Alhamdulillah jika kita boleh melabuhkan tudung kita..tp wat sekadar yg mampu..Firman Allah berbunyi:

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

Itu mengenai tudung,bagaimana pula dgn cara pemakaian kita...lebih cantik dan manis jika kita pakai pakaian yang longgar...tidak menampakkan tubuh...biarlah kita simpan untuk suami shj..kerana suami shj yg berhak...sejuk mata kita memandang...Dalam firman Allah dan hadis nabi ada menyatakan mengenai pakaian:

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.


Jika ingin berbicarakan mengenai wanita...amat banyak...kerna kita adalah sebaik-baik perhiasan di dunai ini...berubahlah sedikit demi sedikit supaya kita akan istiqamah dgn apa yg kita lakukan...ingat la bahawa Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mahu berubah....

Setiap perkara yg kita lakukan akan dihitung di padang masyar t...fikir-fikirkanlah wahai saudaraku...aku amat menyayangi kamu semua..kerna itu sebab aku mencoretkan sedikit bab ini...mana yang baik jadikan pedoman..tp jika ada silap..harap berilah teguran kerna diri ini juga insan biasa..

InsyaAllah dimasa yg akan dtg..kita akan sambung membincangkan mengenai wanita...

SAYANGI DIRIMU & CINTAILAH DIRIMU..

~mardhatillah~