Showing posts with label Tazkiyatun Nafsi. Show all posts
Showing posts with label Tazkiyatun Nafsi. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

I ♥ Allah

Alhamdulillah....masih diberi nikmat...
Sedikit pengisian yang ana dpt dari radio IKIM sebentar td sewaktu drive kereta..

Ustazah Fatimah Syarha menyatakan bahawa kita mempunyai 3 jenis cinta:
1. CINTA ALLAH
* Cinta paling agung & utama kerana melatakkan Allah lbh dari segalanya

2. CINTA KERANA ALLAH
*Cinta kepada sesuatu perkara or benda yang membawa kebaikan & pahala

3. CINTA BERSAMA ALLAH
*Cinta yang menyamakan Allah dengan semua sekeliling kita (nauzubillah). Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 24:

Katakanlah, " Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah & rasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya/" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik


Selain daripada itu, Ustazah Fatimah Syarha juga ada menyatakan bahawa cinta mempunyai 3 peringkat:

1. CINTA AGUNG
- mencintai Allah, Rasul & perjuangan

2. CINTA PERTENGAHAN
- mencintai ibu bapa, harta benda & pelbagai kerana Allah

3. CINTA HINA
- mencintai segala perkara di dalam CINTA PERTENGAHAN lebih dari CINTA AGUNG








Allah Ya Wadud..
Allah Ya Rahim..
Sungguh apabila MENCINTAIMU...pasti Engkau membalas CINTA hambaMu..

"Ya Allah, Engkau letakkan dalam hati-hati kami ini CINTA KEPADAMU lebih dari segalanya..amin ♥"

KOME POWER!!!
 ~mardhatillah ♥ ~

My Great Web page

Wednesday, March 20, 2013

Apabila disoal semula =_=

Alhamdulillah...
Kami berjaya mengadakan HALAQAH bersama Akhi Mat Rodi (Zauj Kak Yuzu aka Murabbi NISA')..

Pada dasar HALAQAH itu hanya untuk NISA' Shah Alam sahaja tetapi kali ini dibawakan kelainan konsep iaitu menggabungkan sekali HALAQAH NISA' & PEMUDA... (tp mcm biasa la ye, muslimat for sure memenuhi ruangnya..hehe) Ok,

pada malam tersebut...kami dimaklumkan bahawa kami akan MEMBEDAH buku "RICH DAD & POOR DAD" by Robert Kiyosaki...
Waktu tahu tajuk tu...wah, sgt2 menarik coz memang dah lama nak tahu apa yg best sgt buku nie..
Coz ramai shbt2 suh baca buku nie & puji buku nie..hehe

Alhamdulillah, berjaya untuk berada di majlis ilmu tersebut..
Tapi eden sampai lewat coz time tu p ambil shbt sat kat rumah die..
Masuklah ke dewan itu dengan muka tersengih..heheh..

Alhamdulillah x mula lagi pengisian...
Seperti biasa, kehadiranku pasti akan mengecohkan keadaan dewan...heheh (peramah lah katakan~tibe2 rasa nak muntah)
Eden pun p la salam dgn semua shbt2, ada yg shbt dah lama x jumpe...
Rindu & memberikan semangat bila bersalaman & berpelukan dgn mereka..sgt seronok ^__^v Ok2,

pengisian nak mula dah bila Akhi Mat Rodi dah bg hint "ehem..ehem, rasa bleh mula dah majlis nie kan??"...heheh
Eden pun tersengih melihat beliau..
then eden pun kalut mencari tempat duduk...

Alhamdulillah..selesai sahaja dpt tempat duduk...
Kami mulakan pengisian kami dgn Umul Kitab Al-Fatihah...
Then Akhi Mat Rodi plak mempromote buku "RICH DAD & POOR DAD" sblm kami nak bedah..heheh
Eden pun excited la..
Excited angkat tangan nak tgk buku..heheh..
Terus beli coz dapat la murah kurang RM2 dari harga biasa..
Selesai urusan jualan buku x sampai 5 minit tu, Kami pun mula membelek-belek buku tersebut...

Ingtkan terus nak bedah..
tiba2 kami kena BOM dgn Akhi Mat Rodi yang bertanyakan soalan Apakah Ciri-Ciri Gerakan Isalm yang Syumul??


Ah sudah...sentap jap..heheh..
Diriku pun cuba memikirkan...apa ye??...mcm pernah dengar..
Then Akhi Mat Rodi tembak kami lagi, Mcm mane nak jadi ahli Gerakan Islam nie klu benda nie x tahu..??
Ambik sebijik...
Satu dewan senyap...kami sepi sambil memikirkan..
X kan dalam Usrah x de dibincangkan benda nie??
Eden tersentap & terus tercakap kuat..."Eh, ada...Kak Yuzu pernah ckp benda nie tp....heheh (dengan sengihnya pandang Kak Yuzu) x ingt...huhuh (malu dibuatnye dgn Kak Yuzu...mesti Kak Yuzu sedih) tp mcm biasa Kak Yuzu senyum kat kome...heheh

Dah lama sgt bg masa untuk jawab,
Akhi Mat Rodi pun bglah jawapan buat kami..

CIRI-CIRI GERAKAN ISLAM YANG SYUMUL (8 ciri)
1. Dakwah Salafiyyah
~Amar Makruf Nahi Mungkar

2. Tarikat Sunnah
~Menetapkan pada diri untuk melakukan Sunnah Rasulullah S.A.W

3. Hakikat Sufi
~Kebersihan jiwa, kesucian hati, berterusan dalam beramal, tidak terpengaruh dengan mahluk & cinta kerana Allah

4. Institusi Politik
~Pengislahan kerajaan & hubungan diplomatik antara umat Islam dengan umat lain & mendidik rakyat dengan kemuliaan

5. Kumpulan Riadhah
~Memberi perhatian dalam bentuk persatuan riadhah untuk tubuh badan

6. Perikatan Ilmiah
~Islam mewajibkan setiap muslimin & muslimat agar menuntut ilmu utk mendidik tubuh badan, akal & roh

7. Syarikat Ekonomi
~Islam mengambil berat terhadap pentadbiran harta benda & cara-cara memperolehkannya

8. Fikrah Kemasyarakatan
~Memberi perhatian kepada merawat masyarakat & mencari jalan untuk menyembuh penyakit ummat


Dah abis penjelasan mengenai 8 ciri-ciri nie..baru la kami bedah buku...
Terasa segan sungguh coz time usrah je ingat..abis usrah, semua jadi entah kemana..

Allahurabbi...muhasabah buat diri ini...

Apa2 pun, moga2 sedikit coretan ini menjadi reminder buat yg lain..insyaAllah..
Hanya ini yang mampu kucoret, sebab td..membuka semula buku Risalah Ta'alim..
Alhamdulillah...smg Allah jadikan kita org yg FAQIH...amin

KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~
My Great Web page

Friday, October 22, 2010

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.



1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

sumber: iluvislam



p/s: Ayuh shbt2 ku...jom kita amalkan...moga2 dgn amalan ini dpt mencuci hati kita...insyaAllah ^________^

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Tuesday, October 19, 2010

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB).

Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: Tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti musim bunga mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: Eh ye ke? Yang mana satu?  Yang skirt oren tu ke?
Sop: Tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...

Ada apa dengan mata?



Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman :
"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [Surah Al-Mulk :12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

 sumber: iluvislam.com



Babak2 yg berlaku di atas nie dah menjadi kebiasaan & memang berlaku di kalangan kita...apakah kita melakukan seperti apa yg Meon & Sop lakukan ini???..sama2 muhasabah...MATA...jagalah matamu kerna ia juga penyumbang pahala & dosa kpd dirimu....pilihlah mane yg antum rasa betul...semuanya terpulang kpd diri sendiri....

"tepuk dada, tanyelahh iman"
KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Friday, September 17, 2010

Bersyukur Adalah Ciri Orang Hebat

Satu hari, aku dan Mr. X sedang duduk menunggu seseorang. Sambil-sambil itu kami bersembang. Macam-macam isu yang keluar, dari bicara yang tidak ada makna sampailah kepada isu-isu hangat di tanah air.
"We must thank God" kata Mr. X.
"We came the long way and the right way" ulas Mr. X.
Mr. X merujuk kepada keadaan kita di Malaysia.
"Others...they came the long way but the came the wrong way"
Malaysia adalah negara yang semakin hari semakin nyata semangat perkaumannya.
Hal ini bukanlah suatu yang menjengkelkan, tidak juga sesuatu yang mengejutkan kerana sememangnya dunia hari ini dicorakkan oleh Nasionalisme.
Semangat kebangsaan yang retorik semata-mata.
Tapi Malaysia masih sebuah negara yang aman. Alhamdulillah. Kita masih terkawal.
Masih ada di luar sana negara yang masyarakatnya seakan-akan kurang bertamadun lagi.
Akhlak yang tidak sedap mata memandang.
Demikian maksud Mr. X. Apa yang diucap oleh Mr. X itu benar.
In fact, we must always thank God. Syukur is the key to success.

Orang yang tidak bersyukur adalah orang yang lupa diri.
"Dan orang hebat di dunia ini, semuanya bersyukur!" Mr. X menutup bicara pagi itu.

KOME POWER!!!
 ~mardhatillah~

Tuesday, September 14, 2010

Nasihat Ibu Tentang Cinta

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.
Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.

Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.

Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.

Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.
Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan.

Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.

Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.

Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.
Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.
Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them."

"So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."

"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya.

Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.

Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.

Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.

Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.

Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

sumber: iluvislam

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Thursday, May 20, 2010

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Salam kerinduan wat shbt2 & para pengujung...asif jiddan coz dah lama x update...biasala...kesibukkan yg memanjang tidak memberikan langsung daku peluang tuk mengupdatekan blog ku ini....walhal nie juge amanah yg perlu aku lakasanakan...x pe la....smg lps nie terus istiqamah k....

hari nie ana dpt la email dr shbt ana....jadi, ana pun nak share la bersama2 dgn kwn2 sekalian...
marilah kita baca, fahami & muhasabah diri kita..adakah kita seperti itu????

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian  itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!
Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan
 "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam 
(anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat 
("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur 
("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin
 (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang.... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil 
(maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri 
"hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun 
(walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak  tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata,
 "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai
 "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana " dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini,
 TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah  membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan 
untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir 
dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat....... ..


Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam:  Dari 
Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,  "
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur  (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan /
 jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam

kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
 mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble)
 dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat  dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan?
 Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Sunday, September 27, 2009

Berwuduk Zahir & Batin

Salam...alhamdulillah...Allah masih beri kenikmatan pd ana n shbt2 sekalian tuk menghirup udara yg segar di pagi hari ahad nie..smg hari ini lebih bek dr hari smlm..insyaAllah..ok la..hari ni ana nak share la satu cite pasal wuduk nie...apa sbnrnye wuduk zahir & batin???....ana tertarik la info dlm buku SOLUSI v10..so ana dah baca n ana share dgn shbt2 yg len k...maybe kdg2 kita x sedar..nmpk jerperkara mcm kecik tp benda nie la yg kita slalu abaikan & terpenting...coz manusia suka abaikan benda2 yg penting...ok la...start citer:

Suatu hari, Isam bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata: "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya: "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata: "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dgn air. Sementara wuduk batin ialah membasuh hati dari 7 perkara:

~ Bertaubat
~ Menyesali dosa yg telah dilakukan
~ x tergila-gilakan dunia
~ x mengharap pujian orang
~ Meninggalkan sifat riyak
~ Meninggalkan sifat khianat dan menipu
~ Meninggalkan sifat dengki

"Aku bardiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan seolah-olah aku sedang berhadapan dgn Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah berdiri di atas titian siratul mustakim dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bartakbir dengan baik."

Hatim menyambung lagi: " Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanye. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

***************************

Hmm...klu base citer nie...dibandingkan dgn diri kita mcm mane yer shbt2 ku???....mcm mane wuduk kita n solat kite...benda nie penting coz solat la tiang agama...umah klu tanpa tiang yg kukuh..dpt x umah tu dibina..maybe dpt sekejap..t lama kelamaan die akan runtuh...so..sama2 la kita muhasabah diri kita...check balik..lg2 kita sbg seorg daie'....


Moga2 dgn post ini memberikan manfaat..insyaAllah...
Wallahualam :)

~mardhatillah~

Friday, June 5, 2009

Hikmah Surah AL-FATIHAH

Surah Al-Fatihah wajib dibaca dengan baik dala apa jua solat yg kita lakukan. Banyak rahsia yang tersirat di dalamnya jika ditafsir dan diteliti untuk menadi orang yang bertaqwa.

Lima ayat pertama dalam Al-Fatihah mengandungi didikan (tarbiyah) Allah S.W.T. Sistem yang dijelaskan Allah harus dipraktikkan bagi meningkatkan keimanan, malah kita dapat rasakan bahawa Allah ada di samping kita.

Allah mendidik manusia bukan secara mengejut, tetapi secara beransur-ansur daripada yang ringan kepada yang agak berat hinggalah sampai kepada matlamat yang Allah maksudkan.

Cara didikan Allah ini amat sesuai dengan akal dan fitrah manusia. Kedua-dua ini tidak boleh diasak sekali gus kerana ia akan binasa. Ia tidak tahan dan akan menjadi jumud atau degil, keras dan agresif.

Allah ingin manusia menyembah dan memohon pertolongan daripadaNya. Itulah keuncak pengenal daripada didikan secara beransur-ansur.

Maha Agung Allah perkenalkan dirinya secara berperingkat iaitu:

~ Allah S.W.T memperkenalkan diriNya secara 'gembira' atau tabsyir. Dalam kalimat 'Bismillahir Rahmanirrahim', kita diperkenalkan bahawa Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang. Kita dirasakan nikmat yang melimpah berbentuk rohaniah, maknawiah dan nikmat zahir.

~ Setelah memahami nikmat gembira itu, Allah mengajak manusia memujiNya dengan menyebut ayat 'Alhamdulillah'. Jika tidak dikenalkan apa itu Tuhan dan nikmat, tidak disebut khabar gembira tetapi terus disuruh memuji Allah S.W.T?

~ Manusia disedarkan bahawa pujian itu tidak boleh dikongsi dengan sesiapa pun. Ia hanya untuk Allah semata-mata. Apabila dikatakan nikmat itu daripada Allah mengenalkan diriNya bahawa Dia adalah 'Rabbul 'Alamin' yang mentadbirkan seluruh alam, dunia dan di akhirat.

~ Allah SWT kemudian memperkenalkan diri-Nya lagi dengan kalimat ‘Ar Rahmanir Rahim’ - diulang lagi tentang khabar gembira. Ada dua cara Allah memberi nikmat iaitu dengan cara pemurah dan kasih sayang. Dia memberi sedikit nikmat saja. Atas nama Pemurah, Dia memberi benyak, tetapi secara beransur-ansur.

~ Manusia akan berfikir, adakah nikmat yang diperolehi itu atas dasar beransur-ansur atau dasar rahmat Allah? Di sini ada didikan untuk kita menakutkan. Apabila seseorang menerima nikmat Allah, dia tidak akan lupa diri. Allah memberi sedikit kepada yang dikasihi atas dasar rahmat juga.

~ Allah seterusnya memperkenalkan diriNya agar rasa cinta dan takutkan Allah bertambah. Kalimat ‘Maliki Yau Middin’ bermaksud bahawa dia miliki akhirat. Tidak sebut dunia. Ini adalah bahasa kias tentang kekuatanNya. Jika akhirat sebagai destinasi terakhir adalah hakNya dan di bawah genggamam-Nya, apatah lagi dunia tempat persinggahan ini. Justeru, segala-galanya di bawah kekuasaan Allah SWT.

~ Kuasa mutlak di tangan Allah, tidak dikongsi langsung dengan sesiapa. Manusia saja memandang dunia itu besar sedangkan bagi Allah tiada nilainya sekalipun di bandingkan sebelah sayap nyamuk. Maka carilah dunia untuk akhirat. Jika tidak, manusia dalam kerugian.

~ Setelah memperkenalkan diriNya dalam ayat 1-4, barulah Allah mengesah dan mengikrarkan bahawa Dia yang layak disembah dan tempat memohon pertolongan seperti dalam ayat 5 ‘Iyyaka na’budu wa iyya ka nastai’n’. Jika didikan Allah ini dijadikan panduan oleh setiap pemimpin, ibu bapa dan masyarakat , maka mudahlah ia dididik ke arah mencintai, mematuhi dan melaksanakan perintah Allah SWT.

~mardhatillah~