Showing posts with label Hadith 40. Show all posts
Showing posts with label Hadith 40. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

Sambungan Hadith 40 ( Hadith 2: Islam, Iman dan Ihsan)

Salam..hmmm...mari kita sambung perbincangan mengenai hadith 2 ini..

Ok..setelah dikaji n dibincangkan dgn shbt2 ana yg len...ana dpt conclutkan bahawa hadith ini telah menerangkan kita banyak perkara:

1. Kedatangan malaikat menyerupai manusia adalah untuk mengajar kita tentang agama

2. Menerangkan tentang rukun ISLAM

5 RUKUN ISLAM
~ Mengucap dua kalimah syahadah
~ Mendirikan solat
~ Mengeluarkan zakat
~ Berpuasa di bulan Ramadhan
~ Mengerjakan haji di Baitullah jika ada kemampuan menurut syara'


3. Menerangkan tentang rukun IMAN

6 RUKUN IMAN
~ Beriman kepada Allah
~ Beriman kepada sekalian malaikat
~ Beriman kepada sekalian kitab
~ Beriman kepada sekalian Rasul
~ Beriman kepada sekalian Hari Kemudian
~ Beriman kepada taqdir baik dan jahat


4. Menerangkan konsep IHSAN yg sebenar kepada kita

IHSAN menurut pengertian yg disebutkan dlm hadith ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat akan dia, jika engkau x dpt melihat akan DIA, maka sesungguhnya DIA melihat engkau.

Ok...dr ayat td kita dpt ambil kesimpulan bahawa..x kira dimana jua kita berada Allah akan sentiasa melihat kita...jd..sama2 lah muhasabah diri

5. Menerangkan Hari Kiamat atau Al Sa'at

Hari Kiamat ialah satu hari yang pasti akan dtg. Hanya waktunya x diketahui oleh sesiapa pun sehingga Rasulullah sendiri x mengetahuinya

Semoga shbt2 dpt ambil sedikit sebanyak perbincangan yg kita bincangkan ini...jika ada sebarang kesalahan..harap ditegur...kerna ana juga insan biasa yg masih belajar...syukran :)

~mardhatillah~

Wednesday, April 8, 2009

Pelajari Hadith 40 (Hadith 2:Islam,Iman dan Ihsan)

Salam...ari nie kita sambung pembelajaran hadith 40 k....ari ni kita blajar hadith ke2 iaitu tentang Islam, Iman dan Ihsan...

Daripada 'Umar Ibn al-Khattab r.'a, katanya: Pada suatu hari ketikamana kami sedang duduk bersama Rasulullah s.'a.w,muncul seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada sesiapa di kalangan kami yang mengenalinya. Kemudian ia duduk di samping Rasulullah s.'a.w. Ia menemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah s.'a.w dan meletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah s.'a.w, lalu berkata: "Wahai Muhammad! beritahulah kepada aku tentang Islam."

Rasulullah s.'a.w menjawab: "Islam,iaitu hendaklah memberikan kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhamad adalah rasulullah, bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bula Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berkeupayaan ke sana."

Orang tersebut berkata: "Benar katamu." Kata Umar r.'a: "Kami merasa hairan terhadap orang itu, ia bertanya lalu ia pula mengiyakannya." Orang tersebut berkata lagi: "berithulah kepada aku tentang Iman."

Jawab Rasulullah: "Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baik dan yang buruk."

Kata orang tersebut: "Benar katamu.Beritahukan kepadaku pula tentang Ihsan."

Jawab Rasulullah s.'a.w: "Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olahengkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau."

Orang tersebut berkata lagi: "Beritahukan kepadaku tentang hari Kiamat."

Jawab Rasulullah s.'a.w: "Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya."

Kata orang tersebut: "Beritahukan padaku tentang tanda-tandanya?"

Jawab Rasulullah s.'a.w: "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri, apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan tinggi-tinggi."

Kemudian orang itu pun beredar dan aku menunggu agak lama. Kemudian Rasulullah bertanya: "Wahai 'Umar, tahukah anda siapa orang yang menyoal aku itu?" Jawab 'Umar r.'a: "Allah dan RasulNya jua yang mengetahui." Sabda Rasulullah: "Itulah Jibril 'a.s, ia datang untuk mengajar agama kepada kamu."

(Riwayat Muslim)

Apa maksud tentang hadith nie kite akan bincang pd perbincangan yg akan datang k...sesiapa yg paham tentang hadith nie bleh la share pandangan anda k...syukran...tunggu jawapanyer yer....

~mardhatillah~

Wednesday, March 11, 2009

Pelajari Hadith 40 ( Hadith 1:Setiap Amalan Bergantung Pada Niat )

Salam...ok..hari nie kita share pengajian hadith 40 yer..

Hadith 1 iaitu hadith niat...

Maksudnya:

"Daripada Amirul Mukminin, Abu Hfs, 'Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s. 'a.w. bersabda: "Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apakah yang anda paham tentang hadith ini???...
Hadith ini menerangkan tentang setiap amalan yang kita lakukan adalah bergantung pada niat...jika niatnya baik maka baiklah...tp..anda perlu ingat bahawa niat tak menghalalkan cara...
cth:mencuri kerana nak tolong orang susah...x boleh camtu..byk cara yang halal boleh kita buat..

Sesungguhnya Allah Maha Pemurah...jika kita niat benda yg baik..Allah dengan sifat pemurahNya memberi pahala kepada kita...itu baru berniat..apatah lagi kita lakukan..lagi banyak pahala..maka niat itu sangat penting...

Setakat ini wat ari nie...semoga apa yang aya kongsikan ini memberi manfaat kepada kwn2 sekalian...apa yang baik dtg dari Allah dan apa yang buruk dtg dari kelemahan diri saya sendiri...syukran..

~mardhatillah~