Showing posts with label Kata-Kata Dlm Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Kata-Kata Dlm Hidupku. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Kematian itu PASTI

Allahurabbi...teringat SMS seorg shbt ana..


"Ana dah bertunang & akan berkahwin dengan kemation...
Masa akad semakin hampir dengan bertambahnya umur..
Seterusnya akan melalui malam pertama & hari-hari seterusnya di alam kubur"

Allah...Allah..muhasabah bersama di hari Penghulu bagi segala Hari...

Beliau juga pernah menyatakan..

"Jangan takut dengan mati, kerana orang yang takut mati adalah org yg CINTAKAN DUNIA, doa agar diterima segala amalan oleh Allah"

 
Ye..betul....ana sgt setuju...hakikatnye...tanpa REDHA & IZIN ALLAH, kita tidak akan dpt memasukki SYURGANYA..

Allah....Allah...smg Allah menerima segala amalan kita & meredhai kita...amin


KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

My Great Web page

Tuesday, October 11, 2011

Ujian Allah ^___^v



Aku suka diuji...
itu tnda Allah syg & ingt pdku....
walaupun pd awalnye aku rasa lelah untuk menghadapinye...
tp itu yg mengajarkan kita erti hidup yg panjang ini...

Setiap duka yg dilalui ini akan memberikan kekuatan...
Aku sedar yg aku kuat keranaNya...
DIA byk mengajarku....syukran Ya Allah...
Alhamdulillah....
syukran 4 the great love ♥ ♥ ♥....
 

KOME POWER!!!
~mardhatillah ~

Tuesday, February 1, 2011

Kata-Kata Hikmah Hari Ini

Salam....hari ini, diriku yg agak x beberapa sihat dr segi perasaan & emosi....jadi ana lihat semula SMS yg ada dr shbtku.....ana nak share kat sini ye....nie khas tuk kaum Hawa....jom sama2 ambik sbg pelajaran ari nie ye..

" Dunia ini bak mawar menguntum,
  Bila luruh kelopaknya,
  Tiadalah yang indahnya,
  Yang tinggal hanya duri & batang yang kering,
  Namum dengan siraman air & baja yang mencukupi,
  Pasti kuntuman mawar berputik kembali."

****************************************************

Moral yg kita dpt ambik dr kata-kata ini adlah, diri ini adlah AMANAH untuk kita perindahkan....tetapi dgn apa yg akan kita gunakan untuk menghiasinya????...bukan dgn alat mekap or apa2 lg barang kecantikan...tetapi indahkannya dgn IMAN..agar ia menjadi panduan untuk kita hidup berpaksikan Al-Quran & As-Sunnah....sama2 kita fikirkan & muhasabah ye syg...

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Tuesday, October 19, 2010

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?



Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

sumber: iluvislam.com

So, moh kita sama2 strive tuk berjaya...mudah-mudahan, kejayaan bukan hanya di dunia tp sejajar dgn akhirat...insyaAllah.....jom sama2 kita fokus k....3.5 & above sem nie k...insyaAllah..

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Thursday, March 25, 2010

Kata - Kata Dari Sahabat

Salam...baca & pahamkan...

Sahabatku....
tegarkan hatimu menghadapi samudera dugaan yang mengila..
tetapkanlah berdiri meskipun taufan menerbang segenap miik yang kau ada...
kita masih punya ALLAH...
pandanganNya x pernah lalai..
cintaNya sentiasa damai...

ingatlah,
kerana ISLAM kita terbela...
kerana ISLAM kita terjaga
dan kerana ISLAM kita ke syurga..
mahabbah lillah....

                                                    *****************************
Kesimpulan kata2 yg ana dpt dr shbt ini....ingtlah ALLAH sentiasa....tanpa ALLAH & ISLAM, siapalah kita yang lemah ini...hanya kpd DIA tmpt segala tumpuan..maka dgn DIA lah kita mohon segalanya...sama2 renungkan & sama2 beramal..



KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Wednesday, March 17, 2010

..::: InsyaAllah by Maher Zain :::..


Salam..today just want to share the song in my blog....sedap kan???..heheh

~InsyaAllah~

Everytime
You feel like you cannot go on
You feel so lost
That you are so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
InsyaAllah , InsyaAllah
You'll find your way


Everytime
You commit one more mistake
You feel you can't repent
And that its way to late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind
And your heart is full of shame
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
InsyaAllah , InsyaAllah
You'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooh Ya Allah
Guide my steps
Don't let me go astray
You're the only one
That could show me the way
Showed me the way
InsyaAllah , InsyaAllah
We'll find the way...


Slmt mendengar, memahami & beramal....jgn lupe doakan ana ye nak test HCI, quiz Math & quiz Web...smg dipermudahkan urusanku & shbt2 sekalian..AMIN

Wallahulam

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Tuesday, March 16, 2010

Sikap Orang Berani Gagal




Orang yang berani gagal adalah orang yang memiliki jatidiri tinggi.
Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil “high self esteem”. Manakala orang yang takut gagal adalah orang yang memiliki jatidiri rendah, dipanggil “low self esteem”.

Orang yang berani gagal akan bangkit terus setelah ditimpakegagalan. Orang sebegini tak akan meratapi kegagalan yang dilaluinya.

Dia menjadikan kegagalan tu sebagai cara untuk dia belajar perkara yang betul, selepas tu dia akan usaha lagi dengan teknik yang lain.

Orang yang takut gagal apabila ditimpa kegagalan akan lebih banyak meratapi kegagalan dan mencela-cela kesilapan dirinya kerana tiba-tiba ditimpa kegagalan. Kegagalan ada musibah besar buat dirinya.

Dia takut mencuba perkara yang baru sebab dia takut kegagalan lalu berulang lagi. Akhirnya, orang sebegini tersungkur di tengah jalan. Kalah sebelum berjuang simply sebab dia tidak mahu mempelajari perkara baru atau melakukan perkara-perkara baru.

Attitude berani gagal adalah attitude yang membuat sesiapa saja maju ke depan, dapat mencapai berbagai jenis kejayaan dan memiliki berbagai kemahiran sebab orang sebegini berani mencuba dan sanggup mencubas berkali-kali sehingga dia puas hati.

Untuk kita jadi orang yang berjaya, kita mesti ada atttitude sebegini supaya kita boleh terus maju, terus bermotivasi dalam merealisasikan apa jua matlamat yang kita usahakan


Kesimpulannye : Sama2 lah menjadi org berani kerna keberanian itu adalah kunci kepada kegagalan & minta lah dgn Allah kerna Allah yang memberikan keberanian itu....jgn terasa angkuh dgn keberanian yg ada, sesungguhnya Allah meminjamkan kita sedikit keberanian yang ada kepada kita....

Sama2 motivasi & muhasabah diri k....slm syg kpd semua...smg d dlm rahmat Allah...insyaAllah...amin

sumber : iMotivasi

Wallahualan

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Wednesday, November 25, 2009

Kata-kata Hari Ini Sbg Renungan..

Cinta itu ibarat hadiah..
jadi tak patut kita sebagai penerima hadiah,
menjadi leka dengan hadiah sampai lupa berterima kasih pada pemberinya..
Sepatutnya kita mencintai pemberi hadiah lebih daripada hadiah itu sendiri




KOME POWER!!!
~mardhatillah~