Monday, March 18, 2013

Pencarian Mardhatillah

Allahurabbi..Allahurabbi..
Baru ku sedar kenapa Allah sentiasa membiarkan CINTAku pd manusia bertepuk sebelah tangan..
Sebab Allah ingin menjagaku...
Sebab Allah tahu aku tidak mampu untuk mengurusnya

Ya, diriku sangat mengakui hakikat itu..
Terasa sangat pedih sepedihnya...
Dalam kita meletakkan harapan terhadap insan..
Kita bermain dengan perasaan..
Dan perasaan itu umpama sembilu yg apabila kita tidak mengurusnya dengan baik..ia pasti akan melukainya..

Allahurabbi...
Diri ini terlalu lemah...
Diri ini terlalu hina...
Mencari kekuatan utk mendapat REDHAMU..

Allahurabbi..
Aku memohon petunjuk dariMu..
Berikanlah petunjuk yang sebaik-baiknya buatku agar aku tidak melukai hati sesiapa..


Permulaan istikharah bermula..
Permulaan musyawarah juga bermula..
Baru kusedar...
Ia bukan suatu perkara yang main-main..
Tetapi ia melibatkan seluruh kehidupan kita..

Allahurabbi..
Pelbagai perkara yg kita akan pikirkan..
Andanya jawapan Istikharah berbeza seperti kemahuanku..
Apakah mampu utk aku menerimanya?? Allahurabbi...

Teringat kembali pembacaanku mengenai Istikharah di blog http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/15.htm ada menyatakan:

Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:

 وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 

Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216


Allahurabbi..
Aku mengerti...
Engkau pasti memberikan daku yg terbaik kerna Engkau yang menjadikan daku..
Aku redha atas apa yg bakal berlaku..

Teguhkan hati kami bagi menempuhnya..
Lindungilah hati kami dari kekcewaan..
Lindungilah kami dar futur di jalan dakwahMu...
Sesungguhnya kami hanya mempunyai 1 matlamat iaitu MENCARI REDHAMU..

KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

My Great Web page

No comments: