Friday, May 20, 2011

Betul ke wahai WANITA???

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga



tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

Tuesday, February 1, 2011

Kata-Kata Hikmah Hari Ini

Salam....hari ini, diriku yg agak x beberapa sihat dr segi perasaan & emosi....jadi ana lihat semula SMS yg ada dr shbtku.....ana nak share kat sini ye....nie khas tuk kaum Hawa....jom sama2 ambik sbg pelajaran ari nie ye..

" Dunia ini bak mawar menguntum,
  Bila luruh kelopaknya,
  Tiadalah yang indahnya,
  Yang tinggal hanya duri & batang yang kering,
  Namum dengan siraman air & baja yang mencukupi,
  Pasti kuntuman mawar berputik kembali."

****************************************************

Moral yg kita dpt ambik dr kata-kata ini adlah, diri ini adlah AMANAH untuk kita perindahkan....tetapi dgn apa yg akan kita gunakan untuk menghiasinya????...bukan dgn alat mekap or apa2 lg barang kecantikan...tetapi indahkannya dgn IMAN..agar ia menjadi panduan untuk kita hidup berpaksikan Al-Quran & As-Sunnah....sama2 kita fikirkan & muhasabah ye syg...

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Tuesday, January 25, 2011

Safar = Kosong?????

Salam...hendak mengupdate blog sendiri...tibe-tibe terlihat label kat tepi blog...hanya 1 post je untuk BULAN ISLAM???....hurm...punye la byk bulan Islam...hanya 1 post je yg ana post kan...ish...ish...muhasabah balik diri....kita tahu bulan-bulan dlm kalendar LUNAR seperti Januari, Februari dan lain-lain...tp kita kurang mengingati & malah x tahu langsung bulan-bulan ISLAM...ish...ish...teruknye la kita nie sebagai umat Islam.....


Ok, petanyaan untuk shbt2 semua...skrg kita berada di bulan apa ye???...bukan Januari ye jwpn yg ana nak...tp jwpn dlm bulan Islam....mcm mane??..dpt jawab x??...nie blum lg ana tanye bape haribulan..ntah lepas ke x..ish..ish..


ok, x pe la...jwpnnye adalah bulan Safar...ok, apa yg antum semua tahu tntg bulan Safar nie??...mesti ramai yg x tahu kan???..x pe la..kat sini ana nak share pd shbt2 semua info tntg bulan Safar....nie ana petik dr Laman Web Rasmi Jais....mari sama2 kita pahami k....


**********************************************************************************
Kini kita berada dalam bulan Safar. Bulan kedua dalam taqwim Islam yang diperkenalkan oleh Saidina Umar RA. Dinamakan Safar kerana orang-orang lelaki Arab keluar rumah untuk berdagang, menggembara dan menjalankan kegiatan ekonomi di luat tempat tinggal. Rumah-rumah menjadi kosong dan dipenuhi kaum perempuan dan kanak-kanak.

Sejarah juga mencatatkan bahawa beberapa peperangan berlaku dalam bulan ini iaitu peperangan Al Abwa dalam tahun dua hijrah, perang Bani Qainuqak dan Zi Amin pada tahun ketiga hijrah dan Peperangan Khaibar pada tahun keempat hijrah.

Demikian fakta sejarah, namun hakikatnya dalam masyarakat kita hari ini, bulan Safar dikaitkan dengan bala bencana dan musibah hingga menerbitkan beberapa amalan khurafaat dan tahyul dengan harapan dapat menangkis dan menolak musibah tersebut.

Amalan-amalan khurafat bulan safar seperti mandi safar, membuat ancak, melarang mengadakan kenduri kahwin dan percaya adanya burung hantu sebagai tanda kematian masih berurat nadi dalam kehidupan masakini. Amalan, fahaman dan kepercayaan  seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam tetapi juga boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Nahas dan bala bencana bukan hanya berlaku dalam bulan Safar. Kepercayaan seperti ini perlu ditolak kerana Allah Taala telah memberi amaran kesan dalam surah At Taubah ayat 51 yang bermaksud:

”Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawaqal” 

Menurut Garis Panduan Khurafat dan Azimat yang dikeluarkan oleh JAKIM, Khurafat bermaksud cerita atau perbuatan yang direka dan bersifat karut,dusta dan menyimpang dari ajaran Islam. Ia masih berlaku dalam masyarakat kerana faktor sejarah dan kerapuhan iman.Sejarah telah menulis bahawa agama Hindu telah lebih dahulu bertapak di negara ini berbanding Islam. Ini menyebabkan kepercayaan kepada kubur keramat, pokok besar, azimat,  tangkal dan makhluk halus terus bertapak dalam masyarakat..

Pada zaman jahiliyah, orang arab akan merujuk kepada tukang tilik tentang masa depan mereka.. Syed Muhamad Qutb dalam bukunya Jahiliyyah Qarnil Isyrin menyatakan bahawa ia masih berlaku dalam zaman mencabar yang dipenuhi ICT dan serba canggih ini.Berpindah rumah hanya boleh pada hari Rabu, memulakan kerja perlu pada hari Selasa atau Sabtu, meramal nasib dengan memuja keramat adalah beberapa contoh jahiliyah moden yang masih wujud dewasa ini.

Percaya kepada pokok, kubur, telaga yang mempunyai kuasa selain Allah boleh membawa syirik dan bertentangan kepada kepercayaan tauhid kepada Allah. Percaya kepada sial, majal, memuja jin dengan meminta pertolongan darinya seperti dilakukan sesetengah bomoh dan dukun dengan amalan menurun adalah syirik dan menyesatkan. Mereka yang bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tilik nasib adalah tergolong di kalangan orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri sebagaimana ditegaskan Allah dalam Surah Yunus ayat 106 yang bermaksud:

”Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah yang tidak mendatangkan manafaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”

Terdapat sebahagian umat Islam yang masih percaya bahawa Hari Rabu terakhir bulan Safar merupakan hari turunnya ribuan bala yang menimpa umat. Oleh itu mereka dilarang keluar rumah dan melakukan aktiviti sosial harian kerana ditakuti akan ditimpa musibah. Malah anak-anak pula diminta mandi air tolak bala atau mandi di pantai yang lebih dikenali sebagai Mandi Safar.Sesunguihnya ia adalah kepercayaan karut dan bertentangan dari ajaran Islam.

Malah perbuatan pesta mandi laut telah mengundang kepada dosa lain seperti wujudnya pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batas. Wujud juga ibubapa yang tidak mahu mengadakan kenduri perkahwinan pada bulan ini kerana ditakuti pasangan akan menjadi tidak bahagia atau tidak mendapat zuriat. Kepercayaan seperti ini boleh menjadi syirik kerana kita lebih mempercayai bulan dan bukan kuasa Allah.

Sebenarnya nahas dan bala bencana tidak hanya berlaku dalam bulan Safar. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena(baik atau buruk) melalui burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis”
 (Hadis riwayat Bukhari)


Sesungguhnya mempercayai perkara yang disebutkan menjadikan umat Islam semakin mundur, malas berusaha dan hanya berserah kepada takdir. Di kala umat lain berlumba-lumba meneroka ilmu dan mencapai kejayaan, umat Islam seolah-olah berundur dan tertinggal ke belakang.

Kita menjadi tidak produktif kerana tidak dibenarkan keluar rumah pada hari Rabu terakhir bulan Safar. Kesemua kegiatan ekonomi terbantut. Minda kita menjadi jumud dan tidak berkembang kerana mempercayai fahaman karut tersebut.Malah dalam kontek hubungan kita dengan Allah Taala, kita telah melakukan satu dosa besar tanpa disedari iaitu syirik. Ingatlah peringatan Rasululullah SAW tentang tujuh perkara yang membinasakan yang perlu dijauhi di mana syirik merupakan perkara yang terletak di nombor satu.

Amalan penggunaan azimat, tangkal sebagai pelindung diri seperti kebal, ilmu pengasih, ilmu pelembut hati yang dicampuradukkan dengan sihir juga adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


”Dari Ibn Mas’ud:rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Sungguhpun jampi mentera diharuskan sebagaimana duiceritakan oleh para sahabat yang bertanya kepada Rasulullah, Syeikh Yusof Qardawui telah menggariskan tiga syarat seperti yang terdapat dalam bukunya Fatawa Al Muasirah


1)    Ia mesti didasarkan kepada Allah SWT dan nama-namaNya
2)    Ia mestilah dituturkan dalam bahasa Arab dan kata-kata yang boleh difahami maksudnya
3)    Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya tetapi dengan takdir Allah SWT

Aqidah murni menjadi sendi dalam masyarakat, tauhid menjadi paksi dan rohnya. Oleh itu, agenda memperkukuh akidah merupakan tugas setiap individu. Ilmu agama yang cetek perlu didalami kerana ia merupakan benteng paling berkesan dari terjebak ke lembah khurafat dan syirik.

Cari maklumat, rujuk guru dan kitab. muktabar agar ia menjadi pendinding dari amalan yang sia-sia dan dilaknati Allah.

Wallahu A’alam
Disediakan Oleh :

Nordin bin Bayadi
Unit Penerangan dan Penerbitan
Bahagian Dakwah, JAIS
**********************************************************************************
KOME POWER!!! 
~mardhatillah~

Saturday, January 22, 2011

InsyaAllah Pasti Ada HikmahNya


Salam...hmm..agak lama jugak x melihat blog sendiri....x tau kenapa...cume ana x de mood nak mengupdate blog...tu la diri ana....bila ada mood je baru bleh wat....apa2 pun..ana nak share something happen to me yesterday...

ia semuanye bermula dgn kuasa Allah...smlm ana telah xcident..kereta ana dilanggar moto...kejadian itu sekelip mata...tup2 sedar...adik 2 dah ada kat atas enjin kereta ana...ya Allah...alhamdulillah, seperti biasa ana akan terdiam...tidak memberi respons...slps tu ana kuar dr kereta...tgk keadaan adik 2...alhamdulillah tiada apa2 kecederaan...paling teruk pun,tgnnya sakit mcm terseliuh...ana pun tgk moto die..alhamdulillah ok...tp bila tgk kereta...subahanallah, agak teruk la jugak for the second time xcident...ana pun x tau nak wat mcm mane....cube untuk relax....ckp pada diri...x pe2 tqah..insyaAllah ada hikmahNya...mungkin ini penebus dosa ku....

tanye adik tu..
"adik dr mane???..nak g skolah or balik umah???.."
die pun jwb,
"nak balik rumah...."
ana bertanya lagi,
"nape adik bwk laju???..."

hmm, dia kata die bawak slow...ana pun diam je la...tibe2 makcik dkt dgn rumah tu dtg dekat kami...die kata ana yg salah coz sepatutnye ana yg kena berhenti...tp setahu ana, ana yg bleh jalan dulu coz ana nak terus straight...tp adik tu yg sepatutnye berhenti coz die nak masuk simpang....mula2 dlm ati nie nak je marah makcik nie..ada ke patut ana plak yg disalahkan...tp sabar2, Allah lbh mengetahui....

kemudian, ana tanye pd adik 2, 
"kamu ada lesen ke x???..."
die pun jawab,
"x de kak..."

hmmm...ana berfikir, mcm mane ana nak wat nie...org nak g solat jumaat dah nie..x pe la..lepaskan je la adik nie..tp sblm 2, ana minta dulu no hp adik 2..alhamdulillah adik 2 x menipu no hp die...kemudian, ana pun meninggalkan tmpt kejadian untuk pergi menunaikan AMANAH di gerai AL-FALAH...sampai di kedai, ana mengadu pd shbt ana nie…sowi lmbt coz td xcident…die pun mcm x caya je.. then tunjuk la tmpt yg kemet & pecah tu…die pun ckp..nie mahal nie nak betulkan….ana pun just sengih je la kat die…tibe2 time 2, ada la shbt ana yg sorang lg dtg…shbt ana yg pertama td ckp la, nie ha baru pas xcident…depa pun duk la tgk kat depan kete 2…duk 2 org tgk bekas xcident tu…dtg plak 2 shbt ana y len, time tu depa otw nak g ke masjid tuk tunaikan solat jumaat….rasa mengalir semangat tgk shbt2 yg dtg, nak sedih pun x guna coz dah berlaku…time tu, ana mesej la kat shbt ana yg sorang nie (die memang tere bab kereta nie )….minta die dtg kedai after solat t….slps tu,ana bersiap pula untuk mengadu dgn Allah..alhamdulillah, ketenangan dirasai…

Alhamdulillah, die muncul walaupun ana agak cemas coz die x reply mesej ana….time die muncul 2,

die tanye,
“ha, nape kome?”
heheh..ana sengih je la kat die…
”tu ha kete, td xcident”
kemudian die ckp..
”huish, mahal gak nie nak tukar..ada x no hp budak 2 yg langgar??...”
ana jwb lah…
”ada2”

die pun suruh ana telefon..ana call la..alhamdulillah dpt…selepas telefon tu, kami pun ready la tuk g rumah adik yg langgar kete nie…mula2 tgk rumah adik 2, rasa mcm sayu je..x sanggup nak minta claim…tp ana sendiri pun kering poket coz memang x de duit langsung tuk sekian kali nie…tp tgk pakcik nie ada kete, hmmm..kaya gak tu, bleh ada kete…huhuhuhu…time waktu nak minta claim dgn pakcik tu..ana hanya menjadi patung…bersuara apabila ditanye..biarlah org lelaki shj yg berurusan…setelah penat berbincang, akhirnya pakcik tu bersetuju untuk membayar RM500 sbg claim…Alhamdulillah…segala puji bg Allah yg melembutkan hati pakcik itu…

Selepas mendpt duit 2, ana & shbt2 ana nie pergi la survey tuk repair kete tu..sampai ke seksyen 25 kami cari…alhamdulillah, ada jugak kedai yg sanggup nak repair kete 2 dgn harga RM500 walaupun penat shbt ana nie tawar menawar dgn tauke itu…Alhamdulillah, Allah juga yg berhak atas hati hambaNya….tp kami balik slps survey tu, coz x sempt siap klu hntr ptg tu….(panjang lg citer nie, x pe la..sampai sini je la cite pasal kereta nie)

Setelah seharian penat menguruskan pasal kereta, ana sambung balik AMANAH ana di kedai….kemudian azan asar pun berkumandang…ana pun suruh la shbt ana nie g solat dulu di masjid…t die balik, ana plak nak solat di surau…time di surau tu..ana berdoa,

“Ya Allah, jika ini yg terbek untukku, maka aku redha dgn ketentuanMu yg Rabb…aku bersyukur sgt dosa ku ditebus di dunia…alhamdulillah, aku rela jika Engkau tebus segala dosa ku di dunia agar aku dpt berjumpa dgnMu dlm keadaan yg bersih”

Setelah selesai berdoa, ana pun turun la tangga di surau…tibe2, anak tangga last tu, ana jatuh…time tu, sekaligus ana mengucapkan,

“Allahuakhbar…alhamdulilah, rupanye banyak lg dosa ku ini…syukran ya Allah, yg memberikan diriku petanda”

ana pun meneruskan perjlnn ke kedai semula dgn berjln kaki walaupun kaki agak sakit time tu….sewaktu sampai di kedai, tibe2 keronsang kesygn ana plak hilang, ana pun x pasti sama ada ana lupa or tercicir….sekali lg ana mengucapkan

“Allahmdulillah, inilah penebus dosa ku…aku redha ya rabb..”

Setelah malam, ana bersolat di kedai…kemudian menunggu turn shbt y glen tuk jg kedai….tup2, die muncul dlm 8 lbh…Alhamdulillah, coz dlm hati agak kerisauan jika die x dtg…bukan apa, dpt pesanan dr rumah untuk beli brg2 dapur….pasti menunjukkan shbt2 rumahku kelaparan…setelah membeli brg2, ana pun hendak la balik ke rumah…tibe2 ana teringat yg ana ada AMANAH di surau kolej…walaupun ana agak kepenatan & kelaparan, ana gagahkan jua diri ini untuk menghadirkan diri…Alhamdulillah..seronok jumpe shbt2, dpt jugak semangat bila tgk mereka senyum..selesailah AMANAH di surau kolej dlm kul 11…kemudian, ana teringt barang2 yg ana blum hntr di rumah shbt…jd ana pun terus ke rumah shbt tuk menghantr brg2 yg dijanjikan…sampai2 di rumah shbt, Alhamdulillah…mereka melayan ana begitu bek…rasa mcm hilang segala kepenatan…mcm2 mereka hidangkan & seperti biasa, ana yg sentiasa membuat kecoh nie…mengecohkan rumah mereka…huhuh…tup2…jam dah tunjuk 12 tgh mlm…ish, baru teringt ke shbt2 kat umah…mesti depa kebulur coz ana balik lmbt…huhuh (maaf ye semua)…

Sampai2 di rumah, depa dah belikan barang2 dapur tu dlm jumlah yg sikit…huhuh, kesian shbt2 ku ini…tp Alhamdulillah, mereka dpt mkn & semua dah tido…lega rasa walaupun agak berslh….ana pun masuk la bilik bersendirian bg muhasabahkan diri atas apa yg berlaku seharian ini….

*********************************************************************

Alhamdulillah, Allah masih menyayangi diriku ini…DIA memberikan aku petunjuk, DIA memperingtkan diriku….DIA x membiarkan diriku terleka…Alhamdulillah.. itulah yg ku slalu pinta dlm doa agar diriku tidak dilekakan dgn duniawi ini…agar diriku ini diberi teguran…alhamdulillah, Allah perkenankan….

tiada cinta yg setandingMu ya Rabb,
tiada kasih yg suci selain Mu ya Illahi..
kasihMu wat diri ku amat tinggi walaupun hambaMu ini leka…alhamdulillah, aku rindu untuk dipeluk dgn kasih syg & cintaMu ya Rabb….rindu yg teramat sgt walaupun aku pernah merasainya sekali..alhamdulillah..aku akan sentiasa mengingti saat manis itu….^__________^



KOME POWER!!! 
~mardhatillah~

Wednesday, December 8, 2010

November dah berlalu & Disember muncul

Salam....pejam celik, baru ku sedar....

tiada langsung ana postkan something untuk bulan November....ke mana ye ana pergi sewaktu 30 hari di dalam November???....musykil dibuatnya....

Apa2 pun, biarlah kita terus maju ke hadapan..jgn dikenangkan yg lepas tp ambil la pengajaran dr yg lepas agar kita tidak melakukan kesilapan di masa akan dtg....

Alhamdulillah...selepas menyambut Raya AidilAdha....ana menyambung perjuangan di Shah Alam...iaitu menjadi seorang fasilitator untuk pelajar sekolah menengah....sehingga kini, ana masih bergelar sbg fasilitator....cume tidak mengetahui bila title itu akan berakhir...

Bila berhadapan dgn adik2 ku ini..ia byk mengajar ana erti hidup...kehidupan adik2 ku ini....mereka berasal dr keluarga yg berbeza cara hidupnya....baru ana mengerti rasa sbg seorg cikgu, akak & ustazah yg rasa risau jika prestasi adik2, anak murid dan sengakatanya tidak menunjukkan prestasi yg baik................

tiap2 malam memikirkan, apakah yg perlu ana lakukan????....apakah pembawakan yg terbek untuk adik2 ku ini....terasa ingin sentiasa bersama mereka, melihat perkembangan mereka dr setiap saat agar kerisauan ku ini berkurang...tp apakah daya, ana hanya lah seorang fasilitator, akak, cikgu & ustazah sewaktu jam 8pg until 5ptg....walaupun pd awalnya terasa panjang masa itu..tp rasa tidak mencukupi untuk berkongsi apa yg ana tahu....hanya doaku wat adik2 yg amat kusyg


"Ya Allah, bersihkan hati adik2 daurahku & hatiku agar kami dpt mentarbiyah diri kami....lindungilah adik2 ku ini dr segala anasir2 yg bleh membawa mereka jauh drMu...dekatkan lah hati2 mereka kepada cintaMu kerna mereka amat bersih hatiNya....smg Engkau merahmati setiap detik dlm hidup kami....amin"

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Tuesday, October 26, 2010

15 Ciri Wanita Syurga

Salam....tertarik membaca post dlm iluvislam mengenai 15 ciri wanita syurga....tertanye juga pd diri nie....tergolongkah ana dlm ciri2 tu???...memenuhikan ciri2 itu dgn diri ana nie???...hmm...ana nak ajak la skali shbt2 muhasabah jugak...adakah kita memenuhi ciri2 di bawah ini...ayuh sama2 kita muhasabah & hayati ciri2 nie...moga2 dgn ini dpt la kita menanam & bersama berusaha untuk memenuhi ciri2 ini...insyaAllah....



1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


"Ya Allah..aku hanyalah hambaMu yg hina lg daif, jadikanlah aku tergolong dlm ciri2 wanita syurga ini....aku tahu aku tidak layak untuk syurgaMu tapi aku amat takut akan seksaan azab nerakaMu...ya Allah...Engkau ampunkanlah dosa2 ku yg tidak terhitung byknya.....aku malu memohon dgn Mu ya Rabb....malu dgn segala dosa yg telah ku lakukan...masihkah ada ruang kemaafan untukkan???....aku yakin pasti kerna Engkau Maha Pemaaf lg Maha Pengampun....amin"

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Friday, October 22, 2010

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.



1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

sumber: iluvislam



p/s: Ayuh shbt2 ku...jom kita amalkan...moga2 dgn amalan ini dpt mencuci hati kita...insyaAllah ^________^

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Thursday, October 21, 2010

Bajet 2011.....jom sama2 bukak mata & pikirkan....

Inilah dia bajet 2011 yang dibentangkan oleh Najib. Aku dah kategorikan budget ini mengikut susunannya...Satu untuk rakyat dan satu untuk pembanguna negara. Barulah kita nampak...Kerajaan UMNO & BN pimpinan Najib ini betul2 membela rakyat atau pun tidak...atau cuma budget tampal dan tempel di sana sini atau main-main ajer.

 *  Yang hitam adalah komen yg dr kwn ana.....mari sama2 pikirkan..^____^

Ini adalah berkenaan kewangan dan hutang negara.

■Rizab negara berjumlah RM310.8b bersamaan dengan nilai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara

■Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

■Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

■Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

■Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

Ini cerita pasal projet Syarikat-Syarikat Klomengrat Negara

■Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

■Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

■Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.


Ini pula Budget Untuk Projek Pembangunan dan Ekonomi Negara.

■Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

■Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

■RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

■Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

■RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

■RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

■RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.

Banyak tuu..tiap2 tahun kerajaan peruntukkan..tapi Sabah dan Sarawak masih tak maju-maju jugak..pedalamannya betul2 mundur sampai ada yg masih takde air bersih dan letrik... malah jauh ketinggalan pembangunannya dari Semenanjung... mana perginya budget berbillion billion itu.....???hmmm...mari sama2 pikirkan...

■Kerajaan memperuntukkan RM 111 juta untuk Program Permata. Ianya bagi membiayai pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar,32 Pusat Anak Permata Negara(PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Ini memang patutlah bagi kerajaan peruntukan... untuk kemaslahatan rakyat. kalau tidak...jangan jadi kerajaan.

■Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan.

Yang nie pun sama....Memang patutlah kerajaan peruntukan untuk kemaslahatan rakyat. kalau tidak...jangan jadi kerajaan.

Projek Pembangunan untuk Petani

■Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

Berapa juta petani yang ada di Malaysia nie...Cuba mai habaq..!! Macammana nak suruh petani bertukar dari bidang pertanian ke Industri ternak burung walit...hehehehe. Mulut senang laa cakap...Petani perlu miliki bangunan untuk ternakan ini....ada minat...sedangkan petani sedia ada..duduk di rumah papan yang kecil lagi sempit...Nak sediakan rumah kos rendah untuk rakyat di bandar yang berjuta bilangannya pun susah...!!! inikan nak sediakan rumah sarang burung walit hahaha...last-last bila orang dah alpa....duit ni masuk poket depa.....nanti.

■Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

Ini tiada kaitan secara langsung dengan Rakyat.

■RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

No komen ..pasal ini memang tanggungjawab Kerajaan untuk membangunkan Infrastruktur.

Perihal Cukai...

■Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

Ini adalah lanjutan dari budget yang terdahulu.....bagi membantu syarikat dalam pengeluaran bahan makanan. Ini memang patut dilkukan oleh kerajaan. Tapi kalau syarikat tu untung besar..kenakanlah cukai !!! Jangan hang sekali terlibat dalam pembahagian kek tersebut. Rakyat dikenakan cukai pendapatan...syarikat yang untung besar...hangpa tak kecualikan cukai. Adakah patut.???

■Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit dimana sebelum ini di antara 5%-10%.

Pengecualian ini hanya untuk penjual telefon bimbit. Penjual telepon bimbit yang rata2nya bangsa Cina mendapat untungnya.....tapi rakyat yang membeli telefon tersebut....adakah penjual akan turun harganya. Adakah Najib ada sebut suruh penjual Telefon bimbit kena turunkan harganya setelah cukai dikecualikan sebanyak 5-10%. Atau terserah pada penjual atau tahu-tahu sendiri. Percayalah...harga jualan telefon bimbit tetap sama dan tak berubah sedikit pun walapun kerajaan kecualikan cukai.

Menggalakkan Rakyat Terutama Perempuan Untuk Bershopping.

■Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.Diantaranya adalah beg, kemeja, pengilat kuku, seluar dalam, baju tidur dan lain-lain lagi.

Tak semestinya cukai dimansuhkan harga barangan aksesori dan pakaian akan menjadi lebih murah !!! Suruh berjimat cermat...gaji rakyat sikit la punya ciput......gaji tak naik-naik...alih-alih suruh berbelanja atas alasan duti import dah dikurangkan..hahahaha. Terpedaya rakyat??.Harga barang tetap sama...!!! Garu kepala sang suami. Patutlah ramai suami-suami botak
.

■Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.Ini merupakan langkah yang baik bagi melindungi pekerja-pekerja swasta dan bekerja sendiri.

Bab dana nie apasal ringkas sangat penerangannya. Berapa juta dan siapa yang menguruskannya...dan bagaimana kaedahnya. Tidak diperincikan. Jangan cakap seperti melepaskan batuk di tangga. cakap ajer perlaksanaan tiada.

Haaa...Yang Ini Baru Terus Kepada Rakyat.

■Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

Rakyat berjuta...dan berapa ramai security Guard di negara kita ini. Pemberian ini tidak menyeluruh.

■Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

Ini meniru Pas Kelantan yang telah lama memperkenalkan cuti bersalin selama 90 hari....hehehe Bukankah Pas perihatan.

■Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama.Ini merupakan satu lagi langkah yang bijak.

Rumah yang macam mana kerajaan BN tawarkan ini. jangan tawarkan rumah yang berharga atas RM200 Ribu.....mana lah nak mampu walaupun skim ini dilancarkan !! Last-last hangat-hangat tahi Ayam. Pemaju asyik cakap tak untung-tak untung bina rumah kos rendah.

■Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.

Haa tengok...duti import baju dan celana dalam dikurangkan sebanyak 3-5% tapi yang ini dinaikkan 5-6%....hahahaha....!!! lagi tinggi kenaikan dari pemansuhan duti barangan import tadi. nampak tak !!! kan kerajaan dah untung dah kat sini..... Dah macam back to the normal....hehehe Jangan terpedaya...Inilah yang dinamakan budget tampal dan tempel...hehehe

■Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.

Ini semua pemberian untuk membodek JKKP dan ketua-ketua kampung untuk menyokong kerajaan. macam Rasuah laaa.... Itu sebab bila berlaku permilihan ketua kampung....sampai bergaduh gaduh dan bertumbuk...Bukannya apa....mereka dah nampak habuannya jika dilantik jadi Ketua Kampung. Itu baru jadi ketua kampung belum lagi UMNO Bahagian, Yang Berhormat atau Menteri.

■Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan kewangan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Haaaaa.........!!! Yang ini adalah GULA-GULA untuk pekerja kerajaan sahaja....pekerja SWASTA yang berjuta-juta tuu yg membangunkan ekonomi negara...tak dapat erkkk!!! hehehe..kesian ko....Ini yang dinamakna DUIT SEGERA. Takde bonus laa kali ni yer org2 gomen...Lainkali Kerajaan UMNO & BN cuba-cubalah pikir bagaimana nak bagi duit yang boleh membangunkan rakyat dan ekonominya sampai bila2. Bukan yang macam ini...bagi habis...bagi habis. Cuba-cubalah beri rumah kedai ker....untuk rakyat berniaga dan bersaing dengan bangsa Cina......Tak perlu kedai besar...kecil pun takpe. Kerajaan tanggung separuh...dan rakyat bayar ansuran bulan-bulan pun takper...kategorikan mengikut peringkat umur siapa yg layak dahulu...step by step. kan bagus macam tu drp duk hulur macam beri gula-gula. 

Takkan nak suruh Melayu asyik berniaga di pasar-pasar malam ajer dan kaki lima.  Sampai bila pun Melayu takkan Maju.  Orang Melayu dan bangsa Melayu yang perintah Malaysia tapi masih lagi merempat dalam berniaga di negara sendiri.  Kau tubuhlah PERKASA atau Apa pun...kalau cakap ajer nak bela Melayu tetapi ekonomi orang Melayu hanya di Pasar-pasar malam.  Pergi jalan laa ko....(marah ako ni) Sampai bila pun Melayu takkan maju laa....dan bersaing dgn bangsa cina dan yg lain....yang menguasai perniagaan di bandar-bandar besar.   Jangankan nak bersaing...Takde saingan pun.

■Kadar tol di 4 Lebuhraya utama kendalian Plus Ekspressway Berhad tidak dinaikkan selama 5 tahun bermula serta-merta.

Seperkara lagi.....duti import barang ini dimansuhkan...Tetapi jangan lupa....wahai rakyat sekalian.... "Ini dinamakan Check and Balance" Tang ini dikurangkan...tang lagi satu akan dinaikkan.....apa yang naik.....Minyak Petrol laaa.

tengoklah nanti. Ini semua permainan politik Kerajaan UMNO & BN.   Dahulu ...mula-mula dulu...Rakyat susah nak bergerak..Tol dibina untuk memudahkan perhubungan utk rakyat pergi ke sana sini....tetapi kerana negara kita ketika itu masih dalam kategori negara pertanian...hasil tak banyak...minyak pun tak nampak lagi, maka lebuh-raya yang dibina dikenakan Tol bagi membayar semula hutang dan kos pembinaan. 

Tetapi sekarang semuanya sudah berubah....Lebuhraya yang dibina bukan untuk keselesaan rakyat tetapi lebih kepada keuntungan berlipat ratus kali ganda dan silap2 haribulan....keuntungannya melebihi keuntungan PETRONAS.  Bayangkan satu hari Kerajaan + Pihak konsesi boleh kutip berjuta-juta dengan Tol ajer.  Satu hari rakyat guna Tol berapa juta ??. 

Itulah perniagaan yang gila dari UMNO & BN. Perniagaan yang tak pernah RUGI di dunia....Tapi yang susahnya rakyat.  Rata-rata... kalau dikira seorang rakyat yang mengunakan Tol terpaksa membayar RM 400 sebulan. dan kalilah berapa juta rakyat. Dah Untung dah dan dah cover kos pembinaan Tol tapi masih lagi kutip duit Tol.  Perjanjian Terbodoh Kerajaan UMNO dan BN dengan syarikat konsesi yang merupakan rakankongsi perniagaan TOL ini.  Sebab itulah Kerajaan tidak mahu mendedahkan isi kandungan perjanjiannya dengan pihak konsesi yang merupakan orangnya juga.

Lebuhraya-lebuhraya ini dibina dengan airmata, keringat dan darah rakyat.  Ingat tuu..!!! Kalau nak lebih tahu...masuklah Lebuhraya Guthrie...menuju ke Shah Alam.  Ada LIMA TOL didirikan dalam satu lebuhraya yang jaraknya diantara satu dgn yang lain tak sampai 1.5km pun ada.   Apa alasan dirikan lima Tol ??  kalau bukan...ini ako punya...itu ko punya ...dan yg itu hang punya Tol.  Mcm lanun dalam cerita P.Ramlee, Nujum Pak Belalang.  Satu untuk ko dan satu untuk ako. 

MOTO terbaru Kakitangan Awam Malaysia Pasca Pembentangan Bajet 2011: TAKDE BONUS TAK UNDI....

MOTO JKKKP Ketua Kampung dan Tok Batin Pasca Pembentangan Bajet 2011: SAPE NAK RAMPAS JAWATAN LANGKAH MAYAT AKU DULU

MOTO untuk para suami Pasca Pembentangan Bajet 2011: LEBIHKAN BAJET UNTUK SELUAR DALAM DARIPADA MAKANAN DAN MIYAK KERETA.


KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Wednesday, October 20, 2010

Jom Riadah Semua

Abu : Isk, banyak betol lemak ayam ni.

Ali : Normal lah, ayam.

Abu : Ayam ni dulu mesti tak rajin pegi exercise.

Ali : ... Apa jenis lawak kau buat ni?

Lawak spontan yang kawan serumah buat ketika memasak malam tadi berkaitan dengan bersenam. Ya, bersenam.

Ramai orang ambil ringan akan bersenam. Kalau ditanya soalan "apakah kepentingan bersenam?" pada setiap orang di muka bumi ni, insyaAllah semua boleh jawab. Inilah jawapan-jawapan tipikal masyarakat pada soalan ini.
1. Untuk menyihatkan badan.
2. Untuk membakar lemak.
3. Untuk menguruskan badan.
4. Untuk menghilangkan stress.

Pendek kata, semua orang sedia maklum akan kepentingan bersenam; untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Tapi, masih ramai yang mengabaikannya, masih ramai yang meninggalkannya. Bukan saja golongan yang sudah bekerja (baca: golongan sibuk dengan tugas), tapi golongan pemuda pun turut meninggalkannya.

Ramai lebih suka duduk terperap dalam rumah. dalam kes yang lebih ekstrim , duduk terperap dalam bilik dan menyihatkan jari-jemari (baca: main video games atau berchatting). Ada juga yang sengaja melepak-lepak di tepi jalan atau jambatan, membuang masa berborak kosong bersama teman-teman. Alangkah ruginya. Bukankah lebih elok kalau pergi bersukan? Sekurang-kurangnya boleh sihatkan badan.

Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana, qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Selain itu, sabda Rasulullah SAW :
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)

Apa lagi kawan-kawan? Ayuh, kita lazimkan bersukan. Badan cergas, otak cerdas, insyaAllah.



p/s: Ulama' mentafsirkan bahawa, "kuat" yang dimaksudkan dalam hadis di atas bukanlah semata-mata dari segi jasmani, tetapi juga dari segi rohani. Pendek kata, mukmin kena seimbang; rohani dan jasmani.

sumber: iluvislam.com

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

Tuesday, October 19, 2010

ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Dacing promosi pakaian Islamik ala jahiliah..

Salam...panas ati rasa nye bila tahu event nie...dah la letak nama ISLAMIC FASHION FESTIVAL....mane x panas....cube tgk gmbr2 pakaian yg diragakan....adakah sejajar dgn kehendak syarak???...ana x paham tul....arrrrrrrrrrr...geram sgt2....sgt2 geram.....

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara & fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco..sungguh memalukan..


Wah....cantikkan????....rambut semua duk tayang....


 Nie satu lg...duk jambul....nak jd joe jambul dlm citer kartun tu kot.....ish..ish

 Nie cara nak mengelakan nyamuk gigit anda semua k....mcm kelambu plak kan???..ish..ish







 Amboi...senyum...mcm balik semula zaman kesultanan melaka ye....perempuan melayu terakhir la katakan.....

tahniah la pd penganjur...amat berbangga dgn anda.....smg Allah memberikan petunjuk pd anda...

Ya Allah, lindungilah kami dr kebinasaan yg dilakukan oleh manusia2 yg bertopengkan agamu...ya Allah.....


KOME POWER!!!
~mardhatillah~