Saturday, October 27, 2012

Jom Pulang Bejemaah

Alhamdulillah..diberi kekuatan untuk melihat blog sendiri…walaupun pada dasar hakikatnye..


Aku dah lupa mcm mane rupa blog aku..
lagi 3 hari maka termaktublah bahawa diriku sudah tidak mengupdate blog selama setahun…
mungkin sblm ini aku tidak mengupdatenye kerana memikirkan tiada siapa yang akan baca blog aku…
Tetapi..ada juga yang sudi membaca…
bukanlah aku teringin untuk orang membaca blog aku, 
cuma aku harapkan apa yang aku share ini dpt memberikan sedikit sebanyak peringatan berdasarkan ceritaku…

Aku seorng yang jenis ikut mood apabila melakukan kerja, termasuklah kerja mengupadate blog ini…
mungkin kerana zaman blog sudah masuk ke penghujungnya…
tetapi ada yang sentiasa mengingatkan diriku untuk mengupdate blog ini..maka aku berusaha keras untuk menulis sedikit sebanyak agar aku tidak rasa terhutang dengannya ^__^v.

Ok…habis penceritaan WHY diriku x update2 blog nie ye..
TUTUP BUKU (CASE CLOSED)..
heheh..tit…tit..tit

*************************************************************************************
Alhamdulillah..4 hari di kampung berlalu dengan begitu cepat sekali..

Masing-masing sudah merancang untuk bergerak pulang ke tempat kerja, kampus, rumah sewa & yang berangkatan dengannya…

Yang pasti, kesesakan lalu lintas pasti akan berlaku esok kerana semua akan menerjah kembali ke Kuala Lumpur bermula esok..


Pelbagai drama yang kita akan lihat..
Ada yang menghantar anak pulang ke asrama…
Ada yang menghantar anak pulang dengan pandangan mata dr rumah…
Ada yang menghantar anak pulang menaiki bas express…
Ada yang berjanji untuk balik bersama dengan shbt lain (ini ye diriku)…& byk drama dunia…hehe



Alhamdulillah…dalam sibuk-sibuk kita merancangan balik itu, 
janganlah kita lupa pergantungan kita pada Allah S.W.T kerana Dia yang selayaknya menjaga kita…

Walaupun kita sibuk duk servis kereta, cek minyak tu, minyak nie…air & mcm2 lagi…
haruslah tidak dilupakan 

DOA KELUAR RUMAH
 





& DOA NAIK KENDERAAN…









Agar Dia dpt menjaga keselamatan diri kita sewaktu perjalanan itu…
kerana sesungguhnya Dia yang selayaknya untuk mengambil kita bila masanya tiba..

Subahanallah….sesungguhnya dr Allah kita datang & kepada Allah jua kita kembali…

Ok, dah nak mula packing barang2…beg je harap besor tp barang secoek (sikit) je..hehehe..

Ok ye kalian…esok jgn lupa baca doa ye….
Smg kita semua selamat sampai ke detinasi masing-masing & dpt melaksanakan AMANAH yang telah Allah berikan…insyaAllah… ♥  
Salam Sayang & Cinta kerana Allah…
 
KOME POWER!!! 
~mardhatillah ♥ ~

Sunday, October 30, 2011

Ini Kisahku [Talkshow Nisa']


Wah...talk show Nisa' Shah Alam..
Yok teman, jom kita p dgr...
InsyaAllah bleh jadikan teladan buat kita & muhasabah..
Allah sentiasa sayangkan hambaNya...
pengHIJRAHan adalah sesuatu yang baik...
jika mereka berubah, x kan kita tidak kan???...
ayuh teman, kita dgrkan kisah mereka yang diberi peluang merasai nikmatnya CINTA Allah itu...
jumpe di sana ye ^___^v

KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

Ujian KOME ^___^v

30 OCTOBER 2011
TEST ENTERPRISE SYSTEM DEVELOPMENT
9.00 AM - 11.00 AM
DEWAN KULIAH 2

"Ya Allah, permudahkan aku untuk mengulangkaji,
Ya Allah, terangkan hati ini untuk menerima ilmuMu,
Ya Allah, permudahkan aku untuk menjwb soalan test,
Ya Allah, berikan aku keputusan yang baik agar aku tidak menjadi fitnah kpd agamaMu,
Ya Allah, lembutkan hati pensyarah yg menanda kertasku agar dia dpt memberikan markah yg terbaik untukku
Hanya Engkau yang mampu permudahkan jika Engkau mudahkan,
Amin"

 
KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

Saturday, October 29, 2011

Didik RAJA -____-

Hati ini sgt susah dijaga...
Terlalu susah....
Kena sentiasa betulkan niat...
Kena sentiasa beristighfar & berzikir...
Jika x, maka akan dtg segala hasutan...
Jika x, maka akan dtg segala penyakit hati..

RIAK                                TAKBUR
UJUB
           HASAD                                          ANGKUH
"Ya Allah, Engkau bantu hambaMu ini dlm mendidik HATI yg merupakan RAJA bg segalanya,
Ya Allah, jgn Engkau biarkan sesaat pun HATI ini terlupa pdMu....
Ya Allah, lindungi HATI ini...
Ya Allah...sakitnya HATI ini...
Ya Allah....beratnya tanggungjwb untuk mendidik HATI ini..
Ya Allah..aku hanya memohon segalanya pdMu kerna hanya Engkau yang mampu membantuku..amin ya Rabb"


KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

Friday, October 28, 2011

Musim Walimah ^___^v

Bahan hangat wat masa nie for sure bab KAHWIN!!!!
Lagi-lagi skrg musim kawen shbt-shbt.....
abis duk p mane-mane je, semua ckp tentang KAHWIN...
Sampai eden pun pening duk dgrnye...

Sbbkan duk byk sgt WALIMAH, eden pun nak susunkan jadual tuk menghebohkan majlis-majlis tersebut...

  • 12 November 2011 - Walimah Kak Amilia Saidin
  • 13 November 2011 - Walimah Ustaz Mahmud 
  • 26 November 2011 - Walimah Kak Masyitah Az-Zahra
  • 27 November 2011 - Walimah Abg Adan

Nie mane yg insyaAllah akan dipenuhi coz dekat area Shah Alam & Kuala Lumpur....
Walhal byk lagi jemputan yg diterima...asif ye if x dpt nak memenuhi ye..

Apa-apa pun doa sentiasa diiringkan wat shbt-shbt yg bakal mengubah alam kehidupan dr BUJANG kpd BERPUNYA....

" Smg dipermudahkan segala urusan,
Smg masjid yg dibina atas dsr AGAMA ini diimarahkan,
Smg berkekalan & melahirkan generasi yg cintakan MATI SYAHID di jlnNya..amin"


 
KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

Tentatif Ijtima' Tarbawi 2011

Tentatif Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS
Peringkat Kebangsaan 2011.
KUIZM, Taman Melewar.
TEMA : Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya

Hari Pertama : 28 Oktober 2011 [Jumaat]

3.00 - 4.00 PM  : Pendaftaran peserta
4.20 - 5.00 PM  : Solat Asar & Al-Mathurat
5.15 - 5.45 PM  : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 - 6.30 PM  : Urus & hemat diri
6.35 - 7.10 PM  : Tafakkur & munajat
7.15 - 7.30 PM  : Solat maghrib berjamaah
7.35 - 8.30 PM  : Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib
~ Al-Fadhil Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
~ Mursyidul Am PAS

8.40 - 8.55 PM  : Solat isya' berjamaah
9.00 - 9.30 PM  : Makan malam
9.40 - 11.40 PM : Majlis Perasmian

Majlis Perasmian
~ Syeikh Ahmad Najjar ( HAMAS Palestin )
~ YB Salahudin Bin Ayub
~ Ustaz Nasrudin Hassan
~ Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

12.00 PM          : Program ditangguhkan dan tidur

Hari Kedua : 29 Oktober 2011 [Sabtu]

4.30 - 5.10 AM  : Qiamullail & munajat
5.30 - 6.00 AM  : Solat subu berjamaah & Al-Mathurat
6.10 - 6.50 AM  : Kuliah Subuh


Kuliah Subuh
~ Al-Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

7.00 - 8.00 AM  : Khidmat diri & sarapan pagi
8.30 - 9.20 AM  : Taujihat Amal Tarbawi 1

Taujihat Amal Tarbawi 1
~ Dr Mahdi Akif
~ Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimeen

9.30 - 10.20 AM : Rehat
10.30 - 11.45 AM : Pembentangan Kerta Kerja 1

Pembentangan KK : PAS & Tahaluf Siyasi
~ Pembentang : Ustaz Dr Khairudin Aman Razali at Takiri
~ Pengerusi : Ustaz Syed Abdul Kader

12.00 - 12.50 PM : Makan tengahari
1.00 - 1.20 PM  : Solat zuhur berjamaah
2.00 - 3.30 PM  : Forum Tarbawi

Forum Tarbawi : Masa Depan Perjuangan PAS dlm Lanskap Politik Semasa
~ Dato' Mustafa Ali
~ Ustaz Dato' Abu Bakar Chik
~ Dr Aminurrasyih Yatiban

4.30 - 5.10 PM  : Solat asar berjamaah & Al-Mathurat
5.15 - 6.10 PM  : Bina jaringan ukhuwwah
6.15 - 7.10 PM  : Rehat & makan malam
7.15 - 7.30 PM  : Solat maghrib berjamaah
7.35 - 8.35 PM  : Kuliah Khas

Kuliah Khas : PAS & Ijtihad Politik
~ Al-Fadhil YB Ustaz Nasharudin bin Mat Isa
~ Ahli Majlis Syura Ulama

8.40 - 9.00 PM  : Solat isya' berjamaah
9.30 - 11.30 PM : Ceramah Pentas Pemuda

Ceramah Pentas Pemuda
~ Dr Kamal Al-Helbawi
~ Tuan Haji Muhammad bin Sabu ( Timbalan Presiden PAS Pusat )
~ Mahfuz Umar ( Naib Presiden PAS )
~ Ustazah Siti Zailah ( Ketua Muslimat PAS Malaysia )
~ Ustaz Nasruddin bin Hassan Tantawi ( Ketua Pemuda DPPM )
~ Ustaz Riduan Mohamad Nor ( Ketua Penerangan DPPM )


12.00 AM       : Program ditangguhkan dan tidur


Hari Ketiga : 30 Oktober 2011 [Ahad]


4.30 - 5.40 AM  : Qiamullail & munajat
5.50 - 6.30 AM  : Solat subuh berjamaah & Al-Mathurat
6.35 - 7.20 AM  : Kuliah subuh

Kuliah Subuh
~ Ustaz Idris Ahmad
~ Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat

7.30 - 8.30 AM  : Khidmat diri & sarapan
9.00 - 10.00 AM : Wacana Khas Pemuda

Wacana Khas Pemuda : Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda
~ Ustaz Nasrudin Tantawi
~ Ustaz Nik Mohd Abduh
~ Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

10.05 - 11.00 AM : Rehat
11.05 - 12.35 PM : Talaqqi Surah As-Saff [Vol 1]

Talaqqi Surah As-Saff [Vol 1]
~ YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

12.40 - 1.30 PM  : Makan tengahari & solat zuhur berjamaah
1.40 - 3.30 PM  : Talaqqi Surah As-Saff [Vol 2]

Talaqqi Surah As-Saff [Vol 2]
~ YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

3.40 - 4.40 PM  : Perasmian penutup

Perasmian Penutup
~ Ustaz Nasrudin Tantawi
~ Ustaz Nik Mohd Abduh
~ Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
~ Sany Hamzan ( Pengarah JPP DPPM )


4.45 PM        : Solat asar berjamaah, Al-Mathurat, Doa Wehdah & bersurai


KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

Ijtima' Tarbawi 2011

Ayuh semua yg bergelar ANAK MUDA...
Ayuh semua umat ISLAM...
Mari sama-sama kita bersama para ULAMA....
Jangan lepaskan peluang yg hanya setahun sekali....tahun depan belum tentu lagi....
Rebutlah peluang yang ada....
Thabatkan diri untuk menghadiri IJTIMA TARBAWI 2011

Smg dgn kehadiran kita dpt memberikan impak yg besar kepada dunia ISLAM...
Smg dgn kehadiran kita menjadi saksi di sana t...insyaAllah amin

KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

Tuesday, October 11, 2011

Pelik & Hakikat



Aku risau melihat kehidupan masyarakat skrg....
Risau terlalu ramai yg membuka aurat..
Risau terlalu ramai si suami yg membiarkan aurat isteri & anak2 perempuannye terdedah....

Sedarkah kaum Hawa bahawa Allah telah memperintahkan penutupan aurat??..
Sedarkah kaun Adam bahawa tanggungjwbmu terhadap anak2 & isterimu??...

Kenapa hilang sudah rasa kesensitifan terhadap perkara ini, malah sgt sensitif dgn org yg memakai niqab....

Allahuarabbi....-____-


KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

Ujian Allah ^___^v



Aku suka diuji...
itu tnda Allah syg & ingt pdku....
walaupun pd awalnye aku rasa lelah untuk menghadapinye...
tp itu yg mengajarkan kita erti hidup yg panjang ini...

Setiap duka yg dilalui ini akan memberikan kekuatan...
Aku sedar yg aku kuat keranaNya...
DIA byk mengajarku....syukran Ya Allah...
Alhamdulillah....
syukran 4 the great love ♥ ♥ ♥....
 

KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~

Friday, May 20, 2011

Betul ke wahai WANITA???

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga



tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

KOME POWER!!!
~mardhatillah ♥ ~