Wednesday, April 8, 2009

Pelajari Hadith 40 (Hadith 2:Islam,Iman dan Ihsan)

Salam...ari nie kita sambung pembelajaran hadith 40 k....ari ni kita blajar hadith ke2 iaitu tentang Islam, Iman dan Ihsan...

Daripada 'Umar Ibn al-Khattab r.'a, katanya: Pada suatu hari ketikamana kami sedang duduk bersama Rasulullah s.'a.w,muncul seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada sesiapa di kalangan kami yang mengenalinya. Kemudian ia duduk di samping Rasulullah s.'a.w. Ia menemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah s.'a.w dan meletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah s.'a.w, lalu berkata: "Wahai Muhammad! beritahulah kepada aku tentang Islam."

Rasulullah s.'a.w menjawab: "Islam,iaitu hendaklah memberikan kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhamad adalah rasulullah, bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bula Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berkeupayaan ke sana."

Orang tersebut berkata: "Benar katamu." Kata Umar r.'a: "Kami merasa hairan terhadap orang itu, ia bertanya lalu ia pula mengiyakannya." Orang tersebut berkata lagi: "berithulah kepada aku tentang Iman."

Jawab Rasulullah: "Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baik dan yang buruk."

Kata orang tersebut: "Benar katamu.Beritahukan kepadaku pula tentang Ihsan."

Jawab Rasulullah s.'a.w: "Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olahengkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau."

Orang tersebut berkata lagi: "Beritahukan kepadaku tentang hari Kiamat."

Jawab Rasulullah s.'a.w: "Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya."

Kata orang tersebut: "Beritahukan padaku tentang tanda-tandanya?"

Jawab Rasulullah s.'a.w: "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri, apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan tinggi-tinggi."

Kemudian orang itu pun beredar dan aku menunggu agak lama. Kemudian Rasulullah bertanya: "Wahai 'Umar, tahukah anda siapa orang yang menyoal aku itu?" Jawab 'Umar r.'a: "Allah dan RasulNya jua yang mengetahui." Sabda Rasulullah: "Itulah Jibril 'a.s, ia datang untuk mengajar agama kepada kamu."

(Riwayat Muslim)

Apa maksud tentang hadith nie kite akan bincang pd perbincangan yg akan datang k...sesiapa yg paham tentang hadith nie bleh la share pandangan anda k...syukran...tunggu jawapanyer yer....

~mardhatillah~

1 comment:

muhsinmajid said...

assalmualaikum..dalam membicarakan ilmu hadith, kita perlu menguasai pelbagai cabang ilmu seperti ilmu nahu, balaghah, ilmu rijal dan lain-lain. kurangnya ilmu dalam membahathkan perkara berkaitan dengan hadith boleh merosakkan keaslian ilmu islam. adapun jika kita tidak mengusai cabang2 ilmu trsebut ttp belajr secara berlaqqi, ok saje untuk kite membncgknnya. tapi kite kene sandarkan perbncngn tu atas nama guru kita. mm, bgs sangt bnd2 gni, tp perlu perbaiki perkara b'kaitan dng adab dalm membicrkn ilmu. syukran...