Wednesday, May 6, 2009

Sambungan Hadith 40 ( Hadith 2: Islam, Iman dan Ihsan)

Salam..hmmm...mari kita sambung perbincangan mengenai hadith 2 ini..

Ok..setelah dikaji n dibincangkan dgn shbt2 ana yg len...ana dpt conclutkan bahawa hadith ini telah menerangkan kita banyak perkara:

1. Kedatangan malaikat menyerupai manusia adalah untuk mengajar kita tentang agama

2. Menerangkan tentang rukun ISLAM

5 RUKUN ISLAM
~ Mengucap dua kalimah syahadah
~ Mendirikan solat
~ Mengeluarkan zakat
~ Berpuasa di bulan Ramadhan
~ Mengerjakan haji di Baitullah jika ada kemampuan menurut syara'


3. Menerangkan tentang rukun IMAN

6 RUKUN IMAN
~ Beriman kepada Allah
~ Beriman kepada sekalian malaikat
~ Beriman kepada sekalian kitab
~ Beriman kepada sekalian Rasul
~ Beriman kepada sekalian Hari Kemudian
~ Beriman kepada taqdir baik dan jahat


4. Menerangkan konsep IHSAN yg sebenar kepada kita

IHSAN menurut pengertian yg disebutkan dlm hadith ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat akan dia, jika engkau x dpt melihat akan DIA, maka sesungguhnya DIA melihat engkau.

Ok...dr ayat td kita dpt ambil kesimpulan bahawa..x kira dimana jua kita berada Allah akan sentiasa melihat kita...jd..sama2 lah muhasabah diri

5. Menerangkan Hari Kiamat atau Al Sa'at

Hari Kiamat ialah satu hari yang pasti akan dtg. Hanya waktunya x diketahui oleh sesiapa pun sehingga Rasulullah sendiri x mengetahuinya

Semoga shbt2 dpt ambil sedikit sebanyak perbincangan yg kita bincangkan ini...jika ada sebarang kesalahan..harap ditegur...kerna ana juga insan biasa yg masih belajar...syukran :)

~mardhatillah~

No comments: