Thursday, May 21, 2009

SELAMAT HARI LAHIR UMI

Semalam.....20 MEI 2009..merupakan hari lahir bagi umi ku yg ke 42 kali....

selepas kelas semalam sewaktu dalam perjalanan hendak ke pasar malam di syeksen 7,sy menghantar mesej kepada umi

"Salam..umi,selamat ari lahir..semoga panjang umo n murah rezki....~mardhatillah:)~"

Selang beberapa minit....umi membalas

"Tq kerna masih ingat lg hari tok melahirkan umi sepertimana umi melahirkan kesemuanya"

Terkedu sebentar..terasa bagai aku pernah melupakan tarikh keramat umi dilahirkan di muka bumi yang Allah ciptakan untuk hambaNya...mengalir air mataku seketika....

Seharusnya kita sebagai anak tidak harus melupakan tarikh penting seperti ini....tp klu kita lihat kebanyakan anak muda zaman sekarang hanya mengingati tarikh2 yg x sepatutnya mereka ingat..seperti contoh..tarikh valentine....hush..bleh katakan 90% org mengingati tarikh ini dan meraikannya...

Hmm..jika direnungkan kembali....terasa dunia semakin hampir dgn kiamat..ramai manusia alpa n dilalaikan dgn dunia....x kan lah sekadar 2 tarikh lahir ibu bapa kita x leh hafal n ingat kot....

Ingat lah pengorbana ibu bapa kita sewaktu kita dilahirkan....sewaktu ibu bersalin..bayangkan betapa peritnye n 100 urat ibu kita terputus...cube kita kira banyak mana urat ibu kita terputus sewaktu melahirkan kita n adik beradik kita.....itu baru ckp psl urat..belum lg kita bicarakan tentang wang yg ibu n bapa kita keluarkan untuk bg kemudahan pada kita....x terhitung rasanya....klu kita lihat sekarang nie...ramai anak muda minta upah apabila ibu bapa menyuruh kita melakukan kerja...tp pernahkah ibu bapa kita meminta semula wang yg die gunakan untuk membesarkan kita...sakit perit besar kan kita...PERNAHKAH???

Kalian renungkanlah sendiri..mari sama-sama kita muhasabah diri kita agar kita saling mengingati antara satu sama lain....

Ok....hanya peringatan wat diriku dan sahabat-sahabat sekalian....
Wasalam :)

~mardhatillah~

No comments: