Tuesday, May 5, 2009

UMAR BIN AL-KHATTAB

UMAR BIN AL KHATTAB
Sebelum masuk Islam, Umar bin al Khattab adalah salah seorang musuh Nabi Muhammad S.A.W.Namun setelah memeluk Islam, baginda menjadi sahabat kepada Rasulullah, malah dipilih sebagai halifah kedua setelah Abu Bakar al Siddiq. Umar merupakan seorg mujtahid dan salah seorg al khulafa ar Rasyidin. Umar diputerakan pada tahun 581 M.Bainda berasal daripada suku Adi yang masih termasuk dalam rumpun Quraisy, dipandang mulia dan mempunyai martabat yang tinggi. Sejak muda Umar dikenal sebagai seorg yang berani. Ketika Umar masuk Islam, banyak keluarganya dan tokoh Arab yang lain mengikut jejaknya, sehingga jumlah umat Islam semakin banyak dan dakwah Islam dilakukan secara terang-terangan. Ketegasan dan keberanian Umar merupakan kekuatan besar dalam pengembangan Islam selanjutnya.

MUSUH ISLAM
Sebelum memeluk Islam, Umar merupakan musuh Nabi dan para pengikutnya. Apabila mengetahui bahawa adindanya, Fatimah dan suaminya memeluk Islam, baginda sangat murka. Umar segera menemui adindanya dan dengan penuh perasaan memukul Fatimah serta suaminya. Namun kemudian, Umar terlihat sekeping lembaran bertuliskan ayat al Quran. Ketika membacanya, perasaannya menjadi tenang dan damai. Timbul keinginan kuat dalam dirinya untuk menemui Rasulullah. Umar pun memeluk Islam.

KHALIFAH
Ketika menjadi khalifah, Umar bin al-Khattab membuat beberapa dasar dalam pemerintahan. Baginda meluaskan wilayah secara besar-besaran, sehingga tempoh pemerintahannya dikenal dengan nama futahat al Islamiyyah (peluasan wilayah Islam) dan pembahagian wilayah Islam. Baginda juga membentuk badan pemerintahan dan membuat Dustar 'Umar atau Rislah al Qada' (prinsip keadilan).

AMIRUL MUKMININ
Sebelum mangkat, Abu Bakar memanggil beberapa orang sahabat untuk mendapatkan pandangan mereka tetang pemilihan khalifah yang akan menggantikannya. Umar merupakan calon tunggal Abu Bakar dan para sahabat bersetuju dengan pilihannya itu. Pada 13 H/634 M, Umar dilantik menjadi khalifah kedua dengan gelaran 'Amirul Mukminin' (panglima orang beriman). Umar merupakan pemimpin yang ideal, namun kelebihan itu menyebabkan musuhnya iri hati. Pada 26 Zulhijjah 23 H, baginda ditikam oleh Abu Lu'lu'ah hingga mangkat ketika hendak mengerjakan solat Subuh.

IJTIHAD UMAR
Di kalangan ahli fekah, Umar juga dikenal sebagai sahabat Nabi yang berani melakukan ijtihad. Baginda, misalnya mengusulkan solat terawih secara berjemaah, penambahan kalimat al-salatu khairun minannaum (sembahyang itu lebih baik daripada tidur) dalam azan Subuh. Baginda juga mencetuskan idea tentang perlunya dilakukan pengumpulan ayat al Quran, penentuan kalendar hijrah juga merupakan hasil ijtihad Umar.

AL FARUQ
Umar sangat dikagumi oleh Rasulullah dan para sahabat yang lain. Nabi menggelarkan al Faruq yang beerti 'pembeza' atau 'pemisah'. Maksudnya, Allah S.W.T. telah memisahkan dalam diri Umar antara yang hak dengan yang batil. Nabi juga pernah berkata, "Seandainya asih ada nabi sesudahku, Umarlah orangnya".

Sumber: Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar dari Era Visi Publication Sdn Bhd

~mardhatillah~

No comments: