Friday, June 5, 2009

Hikmah Surah AL-FATIHAH

Surah Al-Fatihah wajib dibaca dengan baik dala apa jua solat yg kita lakukan. Banyak rahsia yang tersirat di dalamnya jika ditafsir dan diteliti untuk menadi orang yang bertaqwa.

Lima ayat pertama dalam Al-Fatihah mengandungi didikan (tarbiyah) Allah S.W.T. Sistem yang dijelaskan Allah harus dipraktikkan bagi meningkatkan keimanan, malah kita dapat rasakan bahawa Allah ada di samping kita.

Allah mendidik manusia bukan secara mengejut, tetapi secara beransur-ansur daripada yang ringan kepada yang agak berat hinggalah sampai kepada matlamat yang Allah maksudkan.

Cara didikan Allah ini amat sesuai dengan akal dan fitrah manusia. Kedua-dua ini tidak boleh diasak sekali gus kerana ia akan binasa. Ia tidak tahan dan akan menjadi jumud atau degil, keras dan agresif.

Allah ingin manusia menyembah dan memohon pertolongan daripadaNya. Itulah keuncak pengenal daripada didikan secara beransur-ansur.

Maha Agung Allah perkenalkan dirinya secara berperingkat iaitu:

~ Allah S.W.T memperkenalkan diriNya secara 'gembira' atau tabsyir. Dalam kalimat 'Bismillahir Rahmanirrahim', kita diperkenalkan bahawa Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang. Kita dirasakan nikmat yang melimpah berbentuk rohaniah, maknawiah dan nikmat zahir.

~ Setelah memahami nikmat gembira itu, Allah mengajak manusia memujiNya dengan menyebut ayat 'Alhamdulillah'. Jika tidak dikenalkan apa itu Tuhan dan nikmat, tidak disebut khabar gembira tetapi terus disuruh memuji Allah S.W.T?

~ Manusia disedarkan bahawa pujian itu tidak boleh dikongsi dengan sesiapa pun. Ia hanya untuk Allah semata-mata. Apabila dikatakan nikmat itu daripada Allah mengenalkan diriNya bahawa Dia adalah 'Rabbul 'Alamin' yang mentadbirkan seluruh alam, dunia dan di akhirat.

~ Allah SWT kemudian memperkenalkan diri-Nya lagi dengan kalimat ‘Ar Rahmanir Rahim’ - diulang lagi tentang khabar gembira. Ada dua cara Allah memberi nikmat iaitu dengan cara pemurah dan kasih sayang. Dia memberi sedikit nikmat saja. Atas nama Pemurah, Dia memberi benyak, tetapi secara beransur-ansur.

~ Manusia akan berfikir, adakah nikmat yang diperolehi itu atas dasar beransur-ansur atau dasar rahmat Allah? Di sini ada didikan untuk kita menakutkan. Apabila seseorang menerima nikmat Allah, dia tidak akan lupa diri. Allah memberi sedikit kepada yang dikasihi atas dasar rahmat juga.

~ Allah seterusnya memperkenalkan diriNya agar rasa cinta dan takutkan Allah bertambah. Kalimat ‘Maliki Yau Middin’ bermaksud bahawa dia miliki akhirat. Tidak sebut dunia. Ini adalah bahasa kias tentang kekuatanNya. Jika akhirat sebagai destinasi terakhir adalah hakNya dan di bawah genggamam-Nya, apatah lagi dunia tempat persinggahan ini. Justeru, segala-galanya di bawah kekuasaan Allah SWT.

~ Kuasa mutlak di tangan Allah, tidak dikongsi langsung dengan sesiapa. Manusia saja memandang dunia itu besar sedangkan bagi Allah tiada nilainya sekalipun di bandingkan sebelah sayap nyamuk. Maka carilah dunia untuk akhirat. Jika tidak, manusia dalam kerugian.

~ Setelah memperkenalkan diriNya dalam ayat 1-4, barulah Allah mengesah dan mengikrarkan bahawa Dia yang layak disembah dan tempat memohon pertolongan seperti dalam ayat 5 ‘Iyyaka na’budu wa iyya ka nastai’n’. Jika didikan Allah ini dijadikan panduan oleh setiap pemimpin, ibu bapa dan masyarakat , maka mudahlah ia dididik ke arah mencintai, mematuhi dan melaksanakan perintah Allah SWT.

~mardhatillah~

No comments: