Monday, October 18, 2010

Adakah Kita MUNAFIK???

Salam...hmmm...alhamdulillah..masih diberi kesemptan tuk hidup...ok la, baru ja balik dr test nie ha....duk pening2, bukak la blog....memikirkan apa yg bleh dishare...tibe2 nmpk buku kesukaan ana "Indahnya Hidup Bersyariat" karangan Us. Ismail Kamus.....belek punye belek....tibe2 tertarik dgn perkataan MUNAFIK....

so, ana nak share la kat sini tanda2 seseorg itu menjadi MUNAFIK....tp before tu, kita kena tahu dulu apa maksud MUNAFIK nie....ok, apa itu MUNAFIK???


dr segi bahasa: MUNAFIK ialah org yg menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.

dr segi syarak: MUNAFIK ialah seseorg yg tidak menzahirkan kekufurn dgn cara menyembunyikannya di dlm hati

tp klu ikut dr segi bahasa pasar kita: MUNAFIK nie mcm org talam dua muka..depan kita berpura2 wat baik..tp blkg, melakukan segala maksiat....ish..ish..nauzubillah

ok..baru masuk tanda2 seseorg itu menjadi MUNAFIK:

1. Iman tidak tetap dan tidak teguh
--> Org yg sebegini dptlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin. Org yg tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dgn persekitaran.

2. Tindak-tanduk yg sentiasa berubah
--> Org MUNAFIK bolehlah diibaratkan sbg pelakon yg hebat. Ketika dia bersama org yg sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya. Sebaliknya yg terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dgn tidak melakukan amal ibadat.

3. Tidak tetap kata
--> Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dgn org Mukmin lainnya, dia akan memuji-muji ISLAM dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang org Mukmin, secara senyap, dia akan menghina ISLAM.

4. Sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas
--> Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dgn balasan yg setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.

5. Jiwanya tidak tenteram
--> Dia akan sentiasa resah & gelisah kerana terpaksa bersikap pura-pura di hadapan org ramai dan tidak melaksanakan kehendak hatunya

6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup
--> Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi org MUNAFIK hanyalah satu mitos dan khayalan.


Sama2 lah kita muhasabah diri kita...adakah kita MUNAFIK????...sama2 muhasabah & mengubahnya....agar kita tidak tergolong dlm golongan MUNAFIK...sesungguhnya amat benci Allah dgn org yg MUNAFIK dah disebut dlm Al-Quran surah al-Nisa ayat 145 yg bermaksud:

"Sesungguhnya org yg MUNAFIK itu akan ditempatkan pd tingkatan yg paling bwh sekali di dlm neraka"

Nauzubillah...smg Allah melindungi kita, menetapkan iman kita agar kita mati dlm ISLAM...amin

KOME POWER!!!
~mardhatillah~

No comments: