Sahabat ana memberi tazkirah yang berkaitan dgn adab bersahabat..ok..mari ana share dgn shbt2 len plak...
Bersahabat mengeratkan tali silaturahim dan dituntut dalam Islam.Antara adab ketika menjalinkan persahabat sesama kita:
--> Bergaul dengan cara yg baik, jgn menyombong dan tidak mementingkan diri sendiri.
--> Selalulah berterima kasih atas kebaikan sahabat dan berusaha untuk membalas
kebaikannya.
--> Sekiranya berlaku perselisihan faham, mintalah maaf dan ersedia memaafkannya
--> Jauhi pertengkaran, hasad dengki atau buruk sangka
--> Menjaga nama baik serta maruah mereka
--> Memulakan memberi salam ketika menemui sahabat
--> Cintai sahabat kita kerana Allah

Saiyidina Ali r.a berkata:"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu.Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu.Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu. Sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu."
~mardhatillah~
1 comment:
Ya Allah, tunjukkan lah aku dan temukan sahabat yang baik untuk diriku, supaya die dan aku sama2 mengajak daripada terus melakukan kerugiaan.. doa lah kita bersama2..
Post a Comment